Saturday, June 4, 2011

Chocolate Cupcakes (^-^)


Happy sgt2 sebab 2nd trial bt cupcakes pd kali ini menjdi..hehe..
tmbh2 lak sume puji..haha..
creadit tu Nadia Sirajuddin yg beri tnjuk ajar sedikit sbyk...
SMILE (^-^)

Wanna to share this..

Bahan-bahan untuk 15 Cupcakes:
1 Cawan Gula
1 Cawan Mentega
5 Biji telur saiz kecik
1 1/2 Cawan Tepung Kek
Sedikit Esen Vanilla
1/2 Cawan Serbuk Koko
Coklat Bar yg dihancur kn (ikut selera)

Bahan-Bahan Untuk Topping:
250 gm Creamate/Krimwell/ Shortening
1 Cawan Gula Aising
2 Sudu Besar susu cair

Cara-cara membuat Cupcake:
1. Kisar mentega dan gula sehingga betul-betul sebati.
2. Masukkan semua telur satu persatu dan terus kisar sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kek dan diikuti dengan serbok koko dan esen vanila.Dan kisar sehingga sebati.
4. Apabila adunan dah sebati,masukkan coklat bar yang telah di hancurkan (jangan terlampau hncur). Tak perlu dikisar lagi cuma kacau dengan spatula.
5.Masukkan ke dalam cup yg di atur dalam dulang dan bakar di dalam pada suhu yang berpatutan.

Cara-cara membuat topping:
1.Campur kan creamate dan gula.
2. Hancur@kisar dengan menggunakan blender untk mndpt kn topping yg lembut dan gebu.
3. Apabila topping sudah siap,asing kn untk letakkn warna atau perisa kesukaan anda.
4. Hias di atas kek mengikut ke kreatifan masing-masing..

Selamat Mencuba :)

No comments: