Saturday, March 17, 2012

Kek Batik!!!!yeah!!!!


Bahan-bahan:

Biskut Marie (3 row)
Milo (Saiz Kecik)
Susu Pekat Manis (1/2 tin)
Mentega (1 sudu makan)
Air Panas (secukupnya)

Cara-Cara Membuatnya:

1. Patah kan kepada dua bahagian setiap keping biskut marie itu sampai habis kesemuanya.
2. Masukkan kesemua milo kedalam satu mangkuk dan letakkkan air panas secukupnya.
3. Kacau milo itu sampai pekat atau likat.(jgn sesekali cair..likat je taw)
4. Panas kn kuali dan letakkan mentega.
5. Masukkan susu pekat dan milo yg telah likat tadi.
6. Kacau sehingga semua sebati.
7. Masukkkan kesemua biskut yg telah dipatahkan tadi.
8.Tutup api
9. Sebatikan biskut-biskut dan bahan dalam kuali itu.
10. Angkat dan letakkan kedalam loyang yg sederhana.
11. Mampatkan biskut- biskut itu menggunakan tangan yang berlapikkan plastik.
12. Bila dah betul2 mampat,sejukkan dan masukkan ke dalam peti untuk dibekukan.
13.Boleh lah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments: