Pilihan Dalam Hidup...

Aku selalu terbayang akan hari esok...
ketika aku dapati diriku penuh dengan lumuran dosa,
berjuta kenikmatan kuraih di dunia,
tanpa kusedari itu semua hanyalah permainan,
dari tipuan syaitan yang selalu memperdaya,
tak pernah berhenti dari kesibukan memburu harta,
yang melahirkan kelalaian untuk untuk mengingat Sang Pencipta,
luput dari rasa syukur atas nikmat yang telah diberi,
tak terbesit akan adanya Azab ilahi yang sangat perih,
mengisi perkara yang tak bermakna dalam ruang waktu,
kerana iman telah dijajah oleh nafsu.

Tersedar dari lamunan,
raga bergetar petanda ketakutan yang mendalam,
jiwa yang layu mencurahkan air mata,
hingga lisan tak mampu berkata-kata..
Malu...Aku malu pada-Mu ya Allah!!!
jika masa depanku akan menjadi raja dalam dosa,
sedang Engkau telah menjanjikan keindahan syurga di antara panasnya api neraka..
Bukankah aku ada hanya untuk beribadah kepada-Mu?
bukankah semua yang tercipta di sekitarku hanya untuk membenarkan keberadaan-Mu?
kenapa aku harus angkuh dengan semua yang bukan milikku?

Ya Rabb...
jika masih ada waktu hari ini, esok dan nanti,
maka berikanlah aku kesempatan untuk berhijrah,
Hijrah ke jalan-Mu yg lurus,
yang penuh dengan taubat dalam setiap langkah,
dan dari setiap peluh yang selalu mengharapakn ampunan-Mu.

Jika air mata ini harus tercurah,
itu hanya kerana takut kepada-Mu,
jika senyum ini telah berkembang,
itu hanya bentuk terkecil dari rasa sukur atas nikmat-Mu,
dan jika darah harus menitis,
Sungguh itu hanya untuk berjihad membela agama-Mu,
Izinkanlah aku memberikan pilihan dalam hidupku,
pilihan yang tersurat dalam syair Sayid Qutb,
seorang pejuang Islam dari tanah piramid,
"Isy kariman au mut syahidan",
Hidup mulia atau mati Syahid,
Takkan ada lagi pilihan selain itu,
kerana bagiku...
itu lebih baik daripada dunia dan seisinya,
agar terjaga dari masa depan yang menipu dan angan.

~iluvislam~












Comments

Popular Posts