Wednesday, September 23, 2015

Cabaran di awal perkahwinan

Pejam celik pejam celik sudah 24 hari aku menjadi isteri orang...
sepanjang 24 hari aku menjadi isteri orang, banyak benda aku belajar...

Selama 24 tahun aku hidup membujang dan di jaga oleh kedua ibu bapa aku...
Sekarang aku telah berkahwin..
Aku akui perjalanan hidup selepas kahwin tak semudah itu daripada status "Single" selama 24 TAHUN bertukar menjadi "Married".

Bak kata bos aku "6 bulan pertama, gaduh-gaduh itu perkara biasa kerana proses nak mengenali pasangan masing-masing".. Tambah dia lagi, "Bercinta dengan Kahwin sangat-sangat berbeza"
YES!!! Aku setuju dengan statement yang dia bagi.

Bagi perempuan, sebelum kahwin, hidup bujang, dia dh terbiasa dengan jagaan ibu dan ayahnya..
Kena ikut cakap ayah.. kadang-kadang tak ikut pom..
mengadu kat emak kalau ada masalah..
tanya resepi lah..

Bila dah kahwin, Suami kita lah yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kita kan.
Dia lah yang wajib menjaga kita dan bimbing kita.
Bila kita buat silap, suami boleh marah.
Tapi mungkin diperingkat awal si isteri tak dapat menerima teguran itu.
Dia akan merasa di tak patut ditegur walaupun hakikatnya memang di perlu ditegur.

Para suami, bayangkan selama 24 TAHUN dia hidup membujang, then selepas kahwin dia dah jadi isteri orang, kadang-kadang dia lupa dia dah bersuami. 
Bila dia ditegur, pasti menyakitkan dan menyinggung perasaan dia.
Hati perempuan memang lembut.
Berikan dia masa nak sesuai kan status dia sekarang.
Tak semudah itu 24 TAHUN bujang nak sesuai diri dalam status isteri dalam masa yang singkat..
Mereka perlukan MASA.

Duit lelaki tak akan pernah mengagumkan wanita yang pandai berdikari.
Kerana wanita yang pandai berdikari hanya mengharapkan lelaki yang MEMAHAMI.

Sekian~

No comments: