Percutian Bajet ke Sabah 4 Hari 3 Malam


Assalamualaikum semua.. 
Ke Sabah pula kita kali ini. Walaupun dah agak basi, sambil2 cuti nie curi peluang nak update pasal trip ke Sabah pada bulan 5 tempoh hari.
Sebenarnya plan awal, aku hanya husband pergi ke Sabah nie. Tiket pom dah tempah awal2 last year. Beli awal sebab time tu promo air asia. Last minute family in law nak ikut. Kite on kan aje. Lagi ramai lagi jimat. hihihi...

So hari nie yana nak share full cost untuk trip ke Sabah kali ini.
Trip kali nie kami pergi 7 orang selama 4 hari 3 malam. 
2 hari 1 malam di Kundasang & 3 hari 2 malam di Kota Kinabalu. 

Semua kos nie termasuklah tiket flight, accomandation, hotel & guesthouse, sewa kereta, minyak & bbq. Mostly kos2 yang boleh dibahagi 7 mmg bahagi 7 taw. So, mmg sgt2 jimat.
Untuk flight, aku & husband mmg dh book masa promo air asia last year sebab tu murah compare dengan yang lain. 

Untuk tempat tinggal, semasa di Kundasang kami memilih untuk tinggal di Kundasang Guest House. Really recommended sebab dari balcony nampak Gunung Kinabalu okey! Memang puas hati sangat2. Next entry yana akan cerita lebih lanjut okey. Semasa berada di Kota Kinabalu pula, kami tinggal di Hotel Dreamtel. Hotel nie mmg tengah2 bandar KK tu. Cuma yang x best parking susah. Sob sob..

Okey. Untuk kereta sewa pula, yana memang dah book awal2 sebelum naik flight lagi. Just bayar deposit RM100. Selebihnya bayar semasa dapat kereta. Yana book dekat sini N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHD.. Once dah sampai airport, diorang akan hantar kereta. Kiteorang sewa kereta Innova. Yela sebab 7 orang kan. U all kalau pergi berdua je, kereta kecik2 pom ada. Kebetulan kiteorang dapat Innova baru. Bertuah sangat.Selesa. Bagi yana harga untuk 4 hari 3 malam sewa kereta nie memang sangat murah. Siap dapat diskaun lagi kalau book awal taw.

Kos lain2 boleh lah korang tengok kat gambar dibawah nie. Yana buat dalam format excel sebenarnya. Macam gitu lah gaya nya..hihi..

Okeylh.. Next entry yana akan share aktiviti & gambar2 sepanjang berada di Sabah okey.
Semua entry nie bermanfaat untuk korang buat bajet2 sebelum ke Sabah.
Jumpa lagi!






Comments

Popular Posts