Hanya Susu Ibu

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan ayah memberikan makan dan pakaian kepada para ibu itu dengan cara yang ma'ruf......" Surah Al-Baqarah Ayat 233.

Alhamdulillah, Yana diberi pendedahan awal berkenaan penyusuan Ibu. Sambil menunggu hari-hari bersalin, Yana sempat membaca info2 Yg berkaitan dengan breastfeeding. . Kakak-kakak Pom banyak bagi sokongan & galakkan untuk fully breastfeed Nabihah. Tambahan pula, Kak Ngah pom pregnant & due lebih kurang kita. So memang selalu sharing & caring lah kan 😁. .

Galakkan & sokongan daripada suami & kakak-kakak serta banyak kebaikan breastfeeding itu sendiri, Yana tekad akan berusaha untuk menyusukan Nabihah sekurang-kurang nya 6 bulan atau sehingga 2 tahun. In Shaa Allah. .

Alhamdulillah, hampir 3 bulan setengah Yana susukan Nabihah sepenuhnya tanpa sebarang campuran susu formula. Yana baru sahaja bermula. Teringin nak kongsikan pengalaman sendiri. Yana akui xsemudah yang disangkakan. Tetapi sekiranya permulaannya adalah baik, In Shaa Allah matlamat nak menyusu sehingga dua tahun akan tercapai. Ameen. 

Jom saya kongsikan beberapa perkara yang Yana buat. Kat luar sana pom mesti ramai yang dah lakukan 😁. .

1. Selepas Nabihah dilahirkan, Yana tidak sempat menyusukan Nabihah di dalam labor room. Agak kecewa kerana doktor tak bagi terus seperti yang dicerita oleh Ibu-Ibu Yg lain. Selepas berpindah masuk ke wad & nabihah masih di Nursery, Yana segigihnya menyuruh Husband tolak dengan Kerusi roda naik turun jumpe & susukan Nabihah. Setiap dua jam nurse yang bertugas Akan panggil Yana utk susu kan Nabihah. Sebab Yana Dah bagitahu awal2 Yana tak nak dorang bagi susu formula. So, walaupun badan masih penat Yana kuatkan diri jgk nak susukan Nabihah sendiri. Seperti Semua tahu susu pertama yang keluar sgt penting.

2. Sepanjang waktu berpantang, hanya beberapa kali saja memerah sebab nak legakan bengkak semasa bawah usia seminggu. Selebihnya Yana hanya menyusu Nabihah sekerap mungkin. Kadang2 setengah jam Sekali. Sejam Sekali. Siang malam memang kerap menyusu. Tambahan pula Nabihah tido sekejap2 Sebab tak bedung. So, memang kuat menyusulah dia. Suka tengok lama2 dia makin chubby 😁. .Sepanjang berpantang tidak perlulah gigih nak memerah untuk simpan stok. Luangkan masa untuk menyusu dengan bayi anda sepenuhnya. Badan pom perlu rehat kan selepas 9 bulan mengandung.

3. Selepas sebulan berpantang, cuba memerah 3-4 kali sehari setiap kali menyusu. Dapat lah 2-3 Oz 1 sesi. Kadang2 perah, kadang2 x. . 2 minggu Sebelum masuk kerja baru konsisten memerah 😁. .

4. Bila dah mula kerja, Yana aturkan jadual memerah 4-5 kali sehari. Tanpa gagal. Pernah lah juga termiss selalunya hari jumaat Lah Sebab Husband Balik pukul 5. . Yana memang takkan biarkan breast bengkak baru nak pump. 4 sesi biasanya 5.30 Pagi, 10.30 pagi, 1 ptg & 5.30 ptg. Kalau rajin 11.30 malam. Yana memang tiada masa nak perah lama2. Kalau boleh tak mahu ambik masa keje lama2. .Yana guna Medela Free Style. .Setiap sesi hanya 10-15 minit sahaja. . Dapat lah 5-6 Oz setiap sesi. . Susu yang terhasil daripada perahan yang kerap adalah susu yang berlemak tinggi berbanding susu yang diperah selepas 4-5 jam atau semasa bengkak hanya banyak air sahaja. So, perah hari2 Kat ofis & simpan di chiller untuk hantar ke pengasuh esok. Susu yang lebih baru di frozen kan. 

5. Bila bersama Nabihah, hanya Direct feeding semata-mara. Pernah juga beberapa kali memerah selepas subuh. Tapi lebih suka df lagi. Seronok menyusukan Anak kita sendiri.

6. Setiap hari bekalkan Nabihah 12-14 Oz sepanjang waktu bekerja antara jam 7.30 Pagi - 7 ptg biasanya. Setiap sejam setengah atau dua jam 2 Oz setiap botol. Nampak 2 Oz macam sikit pd sesetengah orang tetapi 2 Oz yang berlemak tinggi hasil perahan yang kerap In Shaa Allah cukup kenyang untuk Nabihah. Selepas pulang Dari keje Yana Akan sambung menyusukan Nabihah sekerap nya sehingga pagi. Seronok bagi Nabihah minum susu walaupun Kena bangun Pagi. . Kalau Nabihah tak terjaga, Yana sendiri kejut kan. Risau tidur lama sgt tak minum susu.

7. Hasil susu perahan setiap hari sehingga hari ini (Sebulan setengah masuk bekerja), 25-30 Oz sehari. 

8. Walaupun nampak 2 Oz se botol. Berat Nabiah mencecah 6 kg ketika berusia 3 bulan. Walaupun hanya dengan susu Ibu sahaja, tumbesaran Nabihah normal.

9. Sepanjang hampir dua bulan masuk keje, Nabihah hanya dibekalkan susu segar & chiller sahaja. Susu frozen guna apa bila emergency & top up sahaja.

10. Nabihah baru nak masuk 4 bulan, deep freezer dah hampir penuh. Frezeer memang dah tak muat. Stok yang ada sekarang lebih kurang 360 Oz. Alhamdulillah, rezeki Nabihah. Teringin nak sedekah kan kepada Ibu yang memerlukan. In Shaa Allah. Semoga dipermudahkan.

Banyak lagi yang ingin di kongsikan . 
In Shaa Allah next post Yana kongsikan lagi ye. Next post Yana Akan kongsikan banyak lagi tips2 yang penting. 

Boleh lihat juga :
4. Tips mengepam
5. Jangka hayat susu

Okey. Jumpa lagi. .
Happy breastfeeding😊. .

Comments

Popular Posts