Keperluan Ibu Menyusu Berkerjaya

Assalamualaikum Semua. . 
Seperti yang telah dijanjikan pada entry lepas, hari ni Yana akan share sedikit apa yg perlu ibu- ibu menyusu perlu sediakan sebelum mula bekerja. Sementara Nabihah baru je tdo nie boleh lah curi masa sikit nak update blog 😁. .

Okeylah. Ini adalah antara yang Yana sediakan. Senarai semak nie Yana rujuk daripada eBook KaKak Yana. Zarida Zakaria. EBook kakak banyak membantu Yana untuk menjayakan penyusuan Nabihah sekarang ekslusif di samping bacaan2 yang lain.

Senarai Semak Untuk Ibu Bekerjaya:

1) Stok susu ibu: Sediakan seberapa banyak stok susu ibu yang mampu seawal sebulan sebelum masuk kerja/dua minggu sebelum masuk kerja. Walaupun Yana hanya bekalkan Nabihah susu segar & chiller yang diperah sehari sebelum, stok susu sangat penting sekiranya emergency & untuk top up.



2) Pengasuh/penjaga bayi: Ajar pengasuh/penjaga bayi anda cara-cara mengendalikan susu ibu perahan termasuk cara penyimpanan, cara penyediaan susu sebelum diberikan kepada bayi dan kestabilan susu ibu. Sehari sebelum menghantar Nabihah, Yana Dah tulis siap-siap nota untuk pengasuh baca. Alhamdulillah, pengasuh orang yang dikenali & senang berurusan.

3) Bayi: Ajar bayi anda minum susu perahan (selepas bayi berumur 1 bulan) menggunakan botol dan secara intensif 2 minggu sebelum anda mula bekerja di rumah pengasuh/penjaga bayi. Melatih bayi minum dengan botol bukanlah satu perkara mudah, tetapi sekiranya betul cara kita melatih & pemilihan puting yang betul, In Shaa Allah Semua berjalan lancer. Yana melatih Nabihah menggunalan botol susu daripada Tommie Tippee. Putingnya sgt “Close to Nature”. . Senang je Nabihah biasakan diri minum susu guna botol.

4) Pakaian yang selesa untuk penyusuan: Pilih baju yang mudah untuk mengepam susu dan menyusukan bayi, dan pakai coli penyusuan (nursing bra). Lebih bagus jika ibu memakai tudung labuh (juga boleh pakai nursing cover) semasa mengepam di tempat kerja. Kalau Kat tempat kerja Yana selalu pump di surau je. Selesa lah sikit.

5) Peralatan: Sediakan pelapik coli, pek ais "ice pack", bekas menyimpan susu/botol berpenutup, bekas penyejuk "cooler bag" dan pam jika perlu. Guna pump manual pom boleh cuma agak penat lah sikit kan. 


Elakkan pembaziran susu gunalah breast milk storage 5 oz sahaja.


Selain guna breast pad pakai buang nie, boleh juga guna breast pad yang boleh di basuh & dipakai semula. So far, Yana memang guna yang pakai buang je. Senang & jimat masa.


Ice pack nie Yana guna untuk diletakkan dalam cooler bag Nabihah sebelum hantar ke rumah pengasuh.


Medela Free Style sememangnya pilihan hati. Walaupun harga sedikit mahal berbanding breast pump yang lain, Yana sangat berpuas hati kerana suction sgt lembut walaupun guna expression level tinggi.
In Shaa Allah tahan lama.

6) Penyediaan susu ibu: Pastikan anda mempunyai simpanan susu yang mencukupi di dalam peti sejuk untuk diserahkan kepada pengasuh yang akan menyusukan bayi anda. Malam sebelum menghantar bayi, Yana sediakan siap2 12 Oz susu daripada chiller dan dimasukkan dalam botol menyimpan susu. 2 Oz lagi yang Akan isi keesokan Pagi susu yang fresh.





7) Pasangkan jam loceng: Bangun lebih awal dari biasa agar anda mempunyai banyak masa untuk menyusukan bayi sebelum bertolak ke tempat kerja. (Susukan bayi disamping mengepam di sebelah lagi.) Bagi yang tak biasa susukan bayi sambil mengepam, seeloknya kejutkan bayi bagi minum dahulu. Selepas itu, baru lah pump.

8) Waktu memerah susu: Pastikan anda memerah susu di tempat kerja sekerap yang mungkin mengikut waktu anda menyusukan bayi di rumah (sekurang-kurangnya 3 kali sehari).

9) Mengekalkan kualiti susu ibu perahan: Masukkan susu yang disimpan di rak sejuk dingin ke dalam "cooler bag" yang berisi "ice pack" untuk dihantar kepada pengasuh. Bawa susu perahan pulang daripda tempat kerja anda dalam keadaan sejuk. Masukkan ke dalam "cooler bag" yang berisi "ice pack".




10) Simpan susu yang diperah untuk kegunaan seterusnya: Simpan susu perahan yang dibawa pulang ke dalam bahagian dingin peti sejuk untuk kegunaan keesokkannya. Susu perahan yang tidak digunakan di bahagian dingin peti sejuk lebih daripada 3 hari (maksimum 5 hari) perlu di simpan di bahagian sejuk beku.

Okey. Sampai di sini sahaja dulu,
jumpa lagi untuk tips seterusnya.
Selamat berjuang!

In Shaa Allah perkongsian seterusnya :

Boleh lihat juga :
4. Tips mengepam
5. Jangka hayat susu

Comments

Popular Posts