Pengurusan bekalan susu

Rasullah SAW bersabda :
Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia telah mendapat ganjaran pahala seperti beribadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah SWT dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 hamba sahaya kerana Allah.
(HR Thabrani dan Ibn 'Assakir)

Assalamualaikum semua...
Selepas membaca hadis di atas, yana yakin mesti ramai ibu-ibu mahupun bakal ibu ingin menyusukan anaknya sepenuhnya secara ekslusif "susu ibu sahaja". Seperti yana katakan sebelum ini, sekiranya permulaan baik, In Shaa Allah perjalanan menyusukan anak sehingga dua tahun akan baik-baik sahaja.

Hari ini yana akan kongsikan tips penyimpanan susu secara optimum dan pengurusan bekalan susu. Ibu-ibu yang bekerja wajib tahu tau. Semua nie Yana banyak belajar daripada kakak. Maklumlah anak dia dah empat orang. Semua fully breastfeed pulak tu. Semestinya banyak pengalaman dan ilmu daripada ibu yang bekerja professional sebagai seorang "Pharmacist" nie, In Shaa Allah kebanyakkannya berguna. Hihihi...



Okeylah. berbalik kepada tajuk entri hari ini.

Semasa di tempat kerja, selepas memerah susu biarkan seketika di suhu bilik 15-30 minit untuk mengelakkan perubahan suhu susu secara mendadak. Selepas itu, simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais (jangan dibekukan) untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan. Sebelum balik kerja, pastikan susu yang disejukkan tadi dimasukkan ke dalam coolerbag yang berisi pek ais.

Sampai di rumah, simpan susu perahan dari tempat kerja semaksiama yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk digunakan pada keesokkan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais. Atau boleh bekukan susu perahan yang tidak boleh dihabiskan dalam tempoh 3 hari.

Untuk pengurusan bekanalan susu, jom kita guna Formula 1,2,3.
In Shaa Allah formula ini sangat berguna apabila "Deep freezer" or peti ais biasa dah penuh.

Formula 1,2,3

Kalau sehari ada 6 sesi pemberian EBM (Expressed Breast Milk) kepada bayi :

Sesi 1 : Fresh EBM (yang baru diperah sebelum pergi kerja)
Sesi 2 & 3 : Frozen EBM yang dah dicairkan dan dipanaskan sebelum diberikan kepada bayi.
Sesi 4,5 & 6 : Chilled EBM (stok EBM yang di simpan di bahagian sejuk)

Formula ini digunakan bagi memastikan bayi memperolehi semaksimum mungkin khasiat susu ibu perahan setiap hari kerana sesetengah vitamin dan protein (speerti antibodi) akan musnah/berkurang apabila dibekukan. Disamping itu juga, ia akan mengelakkan susu perahan beku dibazirkan kerana tidak boleh digunakan apabila tamat tempoh.


(Setiap botol penyimpanan susu yana labelkan no siap-siap bagi memudahkan penjaga bayi menguruskan EBM)

Bagaimana nak cairkan susu beku dengan betul?

Cara mencairkan perahan susu ibu yang dibekukan :

1. Sentiasa gunakan susu yang paling awal diperah (FIFO = First In First Out)
2. Letakkan susu beku yang hendak digunakan dibahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan. Susu beku yang telah dicairkan mesti digunakan dalam tempoh 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula.
3. Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).
4. Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam. Tidak boleh disimpan semula.
5. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. GOyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.
6. Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu dibahagian pergelangan tangan. 



Boleh juga guna cara ini. 

(Cara inilah Yana ajar pengasuh bayi anak sekiranya susu yang Yana bekalkan tidak cukup)

All the best momies!



p/s: Ibu-ibu dah boleh simpan kot handbag2 cantek dalam almari kat rumah. Gendong coolerbag je hari-hari pergi keje..hihi..



Boleh lihat juga :
3. Pengurusan bekalan susu
4. Tips mengepam
5. Jangka hayat susu




Comments

Popular Posts