Percutian Bajet ke Bandung

Assalamualaikum Semua. .
Masih lagi mood Bandung. . Haha. .
Disebabkan ramai yang duk risik2 nak Yana share itinerary ke Bandung minggu lepas, In Shaa Allah Yana cuba kongsi kan sedikit demi sedikit ye. . Mohon bertenang sebab entre nie sgt panjang sebab Yana akan tambah dari semasa ke semasa. Biasalah dah jadi ibu & bekerja ni idok ler nak mengadap blog je kan. .



Flight

Return flight Yana Beli time Air Asia buat promosi bulan 5 Tahun nie. Alhamdulillah dapat harga murah sgt2 & dapat date yang cantek. 
Return flight untuk seorang hanya RM239.90. Harga biasa satu hala dari KL ke Bandung RM300+ atau cecah RM600 kalau weekend. Tu satu hala taw. So, kalau RM239.90 pergi & balik sgt2 lah murah sebenarnya. Sebab tu untung kalau beli time promosi. Kalau time promosi tu, book je tak payah pikir. . Pergi ke tak belakang kira. . Hahaaha. . So total Semua lepas add on meal on the flight, seat , check baggage pergi & Balik adalah RM1,669.20 untuk 4 orang + 1 baby. Baby bawah dua tahun caj RM100 je untuk return flight Sebab duduk atas riba kan. . Untuk payment details boleh rujuk gambar kat bawah nie ye👇🏻. .




Pada asalnya Yana book flight 3/8/2018 pukul11.55 pagi waktu malaysia & dijangka sampai 1.15 ptg waktu Bandung. Bandung lewat 1 jam ye. Tapi nak dipendekkan cerita, dua hari sebelum flight, dapat email delay daripda Air Asia. Daripada pukul11.55 am tukar 6 pm. Burn 1 hari okey. Agak stress time tu. 6 jam delay okey mana tak tension Kita dah plan macam2 kan. Tapi lepas contact dgn Air Asia dapat tukar pukul6 Pagi. Syukur sgt2. So Kiteorang ada byk masa untuk shopping di hari pertama di Bandung! Yeahhhh. . Hahahaa. . Terbaik Lah Air Asia! Habis pasal flight Jom Yana share pasal pakej Hotel & supir pulak . .




Hotel & Tour Guide

Kalau dekat Indonesia, tour guide dorang panggil supir. Yana ambik pakej bilik & supir dengan travel agent Kiki Rizki Akbar. Korang taip je nama dia kat fb mesti keluar. 

Sebelum buat keputusan nak tempah dengan dia, Ade jugak survey dengan travel ejen dari Malaysia. Tapi, tahu jelh kan dorang mesti ambik komission untuk dorang jugak. So, better Kau Direct terus dengan travel ejen dari Bandung. Harga jauh lebih murah. 




Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan travel ejen (Kiki) & Supir (Mas Ariel). Hotel yang kami dapat murah & sangat selesa. Supir pulak akan ikut ke mana Kita nak pergi. Yang penting korang buat itineraries siap2. Atau korang boleh minta kiki susunkan mengikut kesesuaian & lokasi Yang korang nak pergi. Supir sebenarnya sgt2 penting Sebab Bandung sgt jem sebenanrya. Tapi kalau dpt supir Yg dah expect, sekejap je sampai Sebab dorang tahu jalan short cut. Kalau korang xSewa kereta & drive sendiri, sis tak jamin korang sampai tepat pd masa yang korang plan. Hihi. .

Kiki nie Bukan sahaja sedia hotel & supir tau, dia juga sedia “bodyguard” Kat Pasar Baru untuk shopping. Bodyguard tu akan bawa korang pergi kedai Yang korang nak pergi. Kalau Nk pergi sendiri, memang idok ler jumpe. Pasar Baru tu bertingkat2 dan setiap tingkat tu berpuluh2 kedai. Lagi best setiap kali lepas byr brg2 shopping, Semua brg tu bodyguard akan bawak. Syok kan. Di layan macam vvip. . Nanti Yana share kedai mana yang yna pergi. Tu pom Kalau ingt lagi Lah akan nama kedai dia. Kalau x Ingat kne tgok Balik resit . Opsss! 

Ni Details harga untuk pakej Kiki Ye :

4 Hari 3 Malam
RM305 seorang (Untuk 4 orang RM1,220)

Termasuk :
1. Kampioen Hotel - 2 Bilik (Gambar Hotel Boleh klik link Kampioen Hotel ye)
2. Breakfast untuk 4 orang
3. Private Transport + Minyak + Toll + Parking + Supir

Tak termasuk Lunch , Dinner & Tiket lawatan per person & per kereta.



Itinerary


Day 1 

  • Supir pick up di airport pukul 9.00 Pagi 
  • New Chand Mode - Texttile & Tailor
  • Lunch -Nasi Padang
  • Bergerak ke Pasar Baru
  • Drop Hotel - Kampioen Hotel
  • Dinner

Hari pertama sebenarnya banyak dihabiskan untuk shopping shopping & shopping!haha.. Maaf sgt2, disebab kan sibuk sgt shopping, satu gambar ketika shopping pom x sempat ambik.. sob sob...
Sampai je di airport dalam pukul10, supir datang pick up. Singgah hotel kejap untuk drop luggage2 dulu sebab check in pukul12. So, kami decide nak pergi shopping dulu. Supir bawa kami ke kedai sim kad dulu. Kebetulan kat  tepi kedai sim kad tu ade kedai lace. Kedai nie nama dia "New Chand Mode". Agak besar kedai dia. Harga kain lace memang murah nak compare dengan Malaysia kan. Lama juga lah kat situ. kedai nie jugak ada servis jahit & sihat dalam masa 24 jam. Husband memang dari awal plan nak tempah kemeja dan seluar. So, dekat kedai nie selepas pilih jenis kain yang dia suka, terus tempah untuk 2 kemeja & 2 seluar ikut size badan dia. Harga lebih kurang RM400+ .Murah kan. Ibu mertua pulak tempah jubah lace siap2 kat situ.. aku tak tempah pom.. tapi dapat hadiah kain lace dari ibu.. Terima kasih ibu... So, kain2 yang di tempah tu akan di hantar terus ke hotel bila siap nanti.

Lepas dah agak lama kat dalam tu, perut lapar pula. Padahal kat sana masih lagi sejuk & kedai2 pom baru bukak, tapi waktu malaysia dah pukul12, confirm lah lapar kan. Supir bawa kami makan nasi padang dekat sebelah kedai lace tu. Alhamdulillah. kenyang.

#tipsmakan - Untuk nak makan makanan yang bersih,sila lah makan kat restoran jangan makan makanan yang kedai2 kat tepi jalan tu ye. Walaupom mkn kat restoran mahal sikit, tapi sakit tu lagi mahal wei bila korang nk berjalan2 nanti. kang sakit perut, jalan2 pom x syok. Mahal pom xde lh mahal sgt, lebih kurang harga normal malaysia je.

Lepas makan, terus bergerak ke Pasar Baru. Idea untuk shopping hari bekerja agak bagus sebenarnya sebab hari bekerja orang kat sana tengah keje, so tak ada lah ramai sgt kan untuk shopping. jalan pom agak clear. Sampai di pasar baru tempat first kami tuju adalah langsir! GM Saputra Gordyn Mandiri. yeahhh! Nanti nak masuk rumah baru kena lah ada langsir kan. Memang dah prepare siap2 ukuran semua. Kain2 langsir pulak memang cantek2.. tebal.. rambang mata. lama jugak lah duduk kat kedai langsir tu. Tapi bab harga sis memang tak pandai sebab memang tak pernah beli langsir. So kena minta nasihat dari mak mertua. Mak Mertua cakap sgt2 murah. Untuk Ruang tamu, & 3 tingkat bilik, kain tebal + kain nipis hanya Rp 4,200,000 (Dalam RM1,184 sahaja taw)!!!. Itu harga selepas tawar menawar. Kalau harga kat Malaysia dengan jenis kain macam tu RM3,000. Okey, tak pikir terus beli. Ahad malam dia hantar hotel yang dah siap jahit okey. Nanti siap rumah baru terus pasang je.. hihi. Kat pasar baru nie sempat grab t-shirt bandung untuk hadiah, blouse2, n mcm2 lagi. memang murah.. Makan dari pagi sampai ke petang lah kat Pasar Baru nie. Pukul6 petang baru blik hotel & check in!

#tipsshopping - Kat Pasar Baru nie korang mesti kena pandai tawar menawar okey. Kalau nak dapat harga murah. Kalau pandai menawar, mesti terkejut dengan harga orang uollss dapat. Satu lagi, kat pasar baru nie ramai sgt penjaja2 keychain or cenderahati2 yang akan ikut korang. Kalau korang tak nak, better bagi isyarat tak nak atau kalau korang melayan, dorang akan korang sampai korang beli.. haha...

Lepas maghrib, kuar balik hanya untuk makan malam. Lupa pulak makan kat mana. Tapi sedap. kena ngan tekak kita nie haaa...

End of day 1. Maaf sekali lupa nak snap gmbr2 kedai yang sis pergi. 

Day 2 


  • Breakfast di Hotel
  • Farm House - The Hobbiton
  • Lunch - Kangen Lembur Cikole
  • Floating Market
  • Dusun Bambu
  • Dinner - Iga Bakar Mas Giri
  • Rumah Sulam
Hari kedua nie,kami banyak ke tempat tarikan belah utara iaitu daerah Lembang. Tak ada apa sangat nak cerita sebenanrnya. Korang layan gambar jela ye. Info2 penting sis selitkan kat gambar ye. Semua tempat hari kedua nie daerah lembang. Cuaca dekat Bandung nie memang sejuk. Siapa tak tahan sejuk boleh lah bawak jaket ke sweater ke.

Sebenarnya ada lagi tempat yang dalam list kami nak pergi, tapi sebab kekangan masa itu sahaja tempat yang sempat kami singgah sebab kami guna konsep santai, rilek & steady. Tak de rushing2 pom tambah2 bawak Nabihah. Tak lah tension2, Rilek2 sudah kan.

Actually, lepas pergi Farm House tu , korang boleh pergi The Lodge, Grafika Cikole & Dago. Dago Dream Park sis pergi next day, hari ketiga. Sebenanrya Semua tempat kat lembang korang Boleh cover 1 hari. At least the next day korang pergi belah selatan pulak. Kawah Putih & Glamping.



Farm House Lembang

Harga Tiket seorang - Rp 25.000
Parking Kerata - Rp 10.000


Tiket yang kita dapat tu boleh tebus susu macam dalam gambar nie. 4 tiket so 4 susu dapat. Macam2 perisa ada, coklat, strawberry & orignal. Sedap! Hilang dahaga lepas penat tangkap gambar. hehe..







The Hobbiton

Harga Tiket seorang - Rp 20.000






Tiket masuk the hobbiton pulak dapat tebus pie macam dalam gambar nie.. 
Bagus betul dorang nie kan.. Kat Malaysia xde pom macam nie..hihi



Niat dihati nak singgah Grafika Cikole, tapi apa kan daya dah tengah hari penuh orang. Sis, redo & decide lunch jelah area sini.. best okey! Lepas solat terus solat jamakzohor & asar kat surau restoran nie. Surau kat bandung nie mostly campur laki perempuan. So, korang pandai2 lah ye. Sis bawa encik suami temankan. hihi..


Floating Market

Harga tiket seroang - Rp 25.000
Parking Kerarta - Rp 10.000


Tiket yang kita dapat tu boleh tebus macam2 minuman ikut mesin kat bawah nie. Ada kopi ada coklat. Tebus lagi kan..hihi




Rojak yang wajib korang cuba!





Korang kena tukar duit rupiah tu ke dalam coin macam dalam gambar tu, yang belakang tu untuk beli makanan yang di jual dalam sampan2 tu ye.. Sebenarnya datang floating market nie kan kalau boleh semua nak cuba. Semua nampak sedap & memang sedap pom! haha


Dusun Bambu

Harga Tiket seorang - Rp 25.000
Parking Kereta - Rp 10.000


Cuasa kat dusun bambu nie subhanallah sejuk sgt2.. 18 darjah celcius. sebab tu lah sis pakai kan Nabihah cardigan sebab dia punyer lah tak suka pakai stoking. Behave je Nabihah nie sebab suka sgt sejuk budak nie..







Chalet yang belakang tu boleh juga kalau nak check in.. Tapi harga tahu2 jelah kan.. agak mahal..







Dah nak hampir maghrib baru kuar dari Dusun Bambu nie. TIket masuk dusun bambu nie pom boleh tebus 2 anak pokok.. haha.. tapi kami bagi dekat supir je suruh dia bawak balik kampung bg isteri. 
Then, kiteorang balik ke kawasan hotel & makan malam di Iga Bakar Mas Giri.




Alhamdulillah, kenyang. Lepas makan kami tak balik hotel terus. Kami singgah di Rumah Sulam. Bila masuk kedai nie, subhanallah, rambang mata. Dah lah murah sgt2.. cantek pulak tu.. macam semua aku nak beli.. Alhamdulillah, dapat grab untuk satu family terengganu. Sekali sekala apa salah nya kan. Boleh lah pakai untuk raya tahun depan sedondon..hihi.. Punyer lah lambat lagi raya nya..hihi... Kat sini aku habis dalam Rp. 1.555.000. Heee...
Haaa... Kat sini pom boleh tempah & siap dalam masa 24 jam jgk. Dan aku rasa harga tempah kat sini lagi murah daripada Kedai lace yang aku pergi first day. MIL tempah dua baju kat sini.. hihi...





(Nabihah pom sibuk shopping)



Day 3 


  • Breakfast di Hotel
  • Dago Dream Park
  • Lunch - Rumah Makan Saung Andir
  • Glamping
  • Dinner - Iga Bakar Mas Giri (Take Away)

Hari ketiga yang lagi santai. Sebenarnya itinerary asal hari ketiga nie pergi arah selatan sahaja. Pergi Kawah Putih & Glamping. Tapi memandang kan Kawah Putih sangat tak digalakkan bawa baby sebab sulfur tinggi, so hanya tinggal glamping. Last minute tukar plan nak pergi The Lodge. Otw pergi the Lodge, Supir suggest pergi Dago Dream Park dulu sebab dia cakap lagi baru daripada The Lodge. Kiteorang on kan Sahaja. Memang tak menyesal singgah sini dulu. Sampai dalam kul9 pagi. 30 minit je dari hotel. Orang pom xde lagi. So, seronok lah bergambar.. hihi... layankan gambarjelh ye.. Lepas puas bergambar dekat Dago Dream Park nie, Makin ramai pulak orang sampai. Dah nak tengahari. Kami cancel The Lodge sebab tahu confirm ramai orang. Sebab dah puas hati bergambar kat Dago kan.. hihi..

Selepas Dago Dream Park, Kami agak2 macam awal, so ajak supir pergi Glamping. Idea nie sebenarnya sgt tidak bernas. Supir dah bagi tahu dari utara ke selatan sgt2 jauh sebenarnya sebab kena naik highway. Tapi degil kan nak pergi jugak. Sepatutnya kalau korang plan betul2, day 3 nie cukup untuk pergi kawah putih & glamping sahaja. Dua2 arah selatan. Perjalan kami dari Lembang ke arah selatan tu dalam 3 jam lebih. Agak penat sebenanrya tapi puas hati tengok view puncak bukit yang sgt cantik. Sejukkk... Sempat lunch di Rumah Saung Andir sebelum sambung bergerak ke Glamping.

Setelah satu hari penat berjalan, malam kami hanya tapau makan di hotel. Dan tido dengan lenanya sampai kepagi.. Zzzz..

End of day 3... hihi


Dago Dream Park

Harga Tiket Seorang - Rp 25.000
Harga Tiket Seorang - 
Sky Bike - Rp 30.000
Sky Tree - Rp 20.000
Bird Nest - Rp 20.000
Alladdin - Rp 30.000






Lunch

Rumah Makan Saung Andir



Glamping

Harga Tiket Seorang - Rp 20.000
Parking Kerata - Rp 5.000





Dinner

Take Away - Iga Bakar Mas Giri 
(Lagi? Sebab sedap!hihi)




Day 4

  • Breakfast di Hotel
  • Check Out
  • Kartika Sari
  • Drop Airport

Dah nak balik. So hari kempat nie keluar bilik agak lambat sebab duk kemas barang & duk timbang2 beg takut terlebih check baggage.. hahaaha... memang agak terlebih sebenarnya, tapi nasib kat airport dorang terima je..hihi... Alhamdulillah... Lepas check out hanya singgah Kartika Sari nak beli buah tanga langi untuk bawak balik. Sempat lah grab brownies & kudap2... Menyesal beli sikit weiiii... sedap giler brownies tu... Sekian sahaja percutian ke Bandung.. Tak puas. Rasa nak pergi lagi ! Eh! Haha...




(Nie lah barang kiteorang, Nazirul , Yana & Nabihah...hihi... Ayah & Mak Mertua troli lain.. Haha)


Tips-tips lain yang perlu korang tahu sebelum ke Bandung - To Be Continue :)






Comments

Popular Posts