Percutian Bajet 4 Hari 3 Malam ke Langkawi 2018

Assalamualaikum Semua..
Selamat Hari Malaysia. Seronok kan cuti lama..
Alang2 cuti nie sis sambung update blog pergi langkawi awal tahun nie..

Walaupun dah agak basi, tapi sis cuba jugak update itinerary ke Langkawi pada bulan 4 yang lepas bagi tak mengecewakan sessiapa yang dah pm sis. Maaf agak lambat..

Sengaja pilih Langkawi untuk bercuti awal tahun nie. Kakak & Mak teringin sangat nak pergi.So trip bercuti ke Langkawi kali ni, Yana pergi bersama family kak Ngah & ajak mak sekali. Dalam 5 orang dewasa, 3 kanak-kanak & 2 orang bayi. Itinerary yana sangat2 simple. Kiteorang memang tak pergi pulau sebab ramai budak kecik. So, kiteorang fokus pada 3 tempat sahaja. Langkawi Cable Car, Underwater Wolrd & Langkawi Wildlife Park. Trip yana nie memang macam lawatan sambil belajar untuk kanak2.. hihi.. Trip kiteorang rilek2 je & bajet2 untuk yang nak berjimat cermat macam yana. Tempat makan yang kiteorang pergi semua sedap2 dan yang penting murah okey. Kiteorang memang tak pergi restoran yang mahal2.

Sebenarnya trip kali nie pertama kali bawa Nabihah naik flight. Masa tu umur dia baru nak masuk 8 bulan. Sangat2 nebes okey. Nanti yana share tips bawa anak travel pulak.. hihi..




Flight

Flight macam biasa Yana memang beli time ada promosi sahaja. Yana beli tiket flight tahun lepas okey masa tu tak beranak lagi. haha.. Beli bulan 6 2017 untuk travel bulan 4 2018. So dapat lah harga tiket lebih kurang RM50 seorang pergi dan balik okey. Sangat2 murah. So, kalau beli awal pom incase tak jadi pergi, tak de lah rasa rugi sangat kan.. hihi..

Kat bawah nie details payment untuk :

5 Dewasa
3 Kanak-kanak (2 y/o and above) - Harga sama macam dewasa ye.
2 bayi bawah dua tahun - Harga bayi dua tahun nie lebih mahal daripada dewasa. Harga dua bayi nie lagi mahal sebab add on selepas dorang dilahirkan. So beli time bukan promosi. Sebab tu mahal sikit.


Homestay & Car Rental

Homestay : D Villa Guest House Langkawi (RM850)
Car Rental : Innova (RM390)

Jumlah untuk kereta sewa & homestay selama 4 hari 3 malam adalah RM1,240 sahaja. Bagi Yana murah lah sebab pergi ramai2 kan. Kereta innova memang muat kiteorang dua keluarga. Lagi pom semua kecik2.. Alhamdulillah kereta yang selesa & tak bagi masalah sepanjang kami kat sana.


Homestay sgt2 cantik, bersih & selesa. Ada 3 bilik tidur & 2 bilik air. 1 bilik tidur attached bilik air. Yana duduk bilik tu since kakak anak ramai nak duduk bilik no 2 sebab ada 1 katil queen,1 katil single. Semua gambar kat bawah nie yana ambik daripada FB : D' Villa Guesthouse Langkawi sebab kiteorang langsung tak sempat nak ambik gambar. Hihi. Rumah yang kiteorang sewa tu betul2 depan pool. best! Budak2 lagi lah seronok mandi dalam kolam nie haaa... Actually byk pakej yang dorang ade selain yang kiteorang duduk nie. Boleh lah jenguk fb dorang ye.






Itinerary


Day 1

8.00 pm Tiba di Lapangan Terbang Langkawi
9.00 pm Makan malam di Nasi Arab Kaki Gunung Cafe – Ulu Melaka

Sampai kat airport pom dah pukul8. Homestay arah air hangat so akan lalu ulu melaka. Memang dalam list nak makan malam dekat sini. Dah lama tak Makan Nasi arab dalam talam macam nie. Sedap !



Day 2

6.30 pagi Jogging di Pantai Rhu




7.00 pagi Tapau Sarapan di sekitar homestay.

Encik Suami pergi jogging dari homestay sampai pantai Rhu. Otw Balik singgah kedai dekat sekolah kampung untuk Tapau sarapan pagi. Sebenarnya kalau rajin berjalan atau jogging memang boleh jumpa banyak kedai yang jual makanan sekitar homestay nie. Macam-macam ada. . Nasi lemak. . Roti canai. . Kuih Kuih. .

8.30 pagi Bertolak ke Oriental Village
9.30 pagi Tiba di Oriental Village (3 jam aktiviti di sini)
➢ Cable Car
➢ 3D Art Gallery
➢ SkyRex
Harga tiket kami beli untuk combo pakej.
Combo nie termasuk lah Cable Car, 3D Art Galerr, SkyRex & Sky Dome.
Tapi masa nie skydome kami tak masuk. Malas. hihi.
Tips datang sini mesti datang awal pagi. Kiteorang sampai sini dalam pukul9. Tak de orang lagi.
So memang jadi orang yang terawal. Tak delah nk queue panjang2 kan. Lagi pom Kalau datang awal cuaca pom sejuk.
Bawak lah makanan ringan-ringan siap2 sebab kalau nak beli kat atas tu faham2 jela harga macam mana kan.






(Yang nie kalau nak pergi tambah lagi RM5 dekat atas. Tapi kami tak pergi. Hujan rintik2 pula.)





3D Art Galerry
Banyak sgt Gambar 3D dalam nie. Penuh phone nie haaa dengan gambar posing kat sini. . Hahaha. . 






12.00 tengahari Makan tengahari di Restoran Seashell - Lubuk Buaya


Makan sini memang best. Makan tengah2 laman padi pulak tu.. Kat sini Pom Ade surau & tandas Yang sgt selesa. Solat siap2 Kat sini sebelum bergerak ke Underwater World pulak. 


3.00 petang Underwater World - Chenang

Harga tiket masuk untuk dewasa RM36 & Kanak2 umur 3-12 tahun RM26. Bawah 3 tahun percuma.
Ada beberapa pertunjukkan masa kiteorang pergi. Pertunjukan beri makanan kepada pingu dengan bagi makanan pada ikan besar.




7.00 petang Desa Permata Ikan Bakar - Tapau


Dah penat satu hari berjalan, so malam nie tapau je.. makan dekat homestay



Day 3

8.00 pagi Sarapan pagi di Nasi Dagang Pak Malau – Kampung Mawar






9.00 pagi Bertolak ke Langkawi Wildlife Park – Air Hangat
9.30 pagi Tiba Langkawi Wildlife Park

Actually wildlife park nie dekat sangat ngan homestay. Tak sampai 5 min.. Hihi..
Harga masuk untuk dewasa RM24 & Kanak2 umur 3-12 tahun RM16.
Seronok budak2 masuk dalam nie. Kat dalam nie kite boleh tengok dekat2 haiwan. Siap bagi makanan kat haiwan2 tu.. Tapi kat sini banyak video kiteorang ambik. Berat pulak nak upload.. haha






12.00 tengahari Makan tengahari di Kak Yan Nasi Campur – Ulu Melaka



Serius sedap giler kat sini. Kiteorang datang masa nie tengah beratur panjang. So, kiteorang duduk jela dulu. Nie gambar aku ambik semasa orang semua dah siap beratur.. hihi.. Harga pom murah...

2.30 petang Bertolak ke Kuah
3.00 petang Tiba di Bazar HIG (Shopping Time)


Ni lah saat2 yang ditunggu oleh kaum hawa. Shopping time!!! Hihi..


Ni coklat yang sempat grab kat sana.
Sempat lah grab 1 set pinggan magkuk corelle dengan kuali ajaib HIG yang kiteorang guna untuk masak selalu tu..hihi//


6.30 petang Makan malam di Wan Thai Langkawi - Kuah

Nie memang tak de gambar. Sis tak recommend makan kat sini sebab harga agak mahal sebeanrnya untuk makan beramai2..

Day 4

7.00 pagi Mandi Kolam



Hari ke empat memang nak mandi kolam je pagi2 sebelum balik.. 
Nabihah takut ke seornok tuuu...hihi

9.00 pagi Bersiap untuk check out homestay
11.30 pagi Makan tengahari di Jom Ikan Bakar – Padang Mat Sirat

 Jom ikan bakar nie dekat sangat ngan airport. Lepas dah check in luggage keluar balik makan kat sini..
Sedap & sememang murah!


Sebelah jom ikan bakar nie ade coconut shake original Terbaik!

12.30 tengahari Tiba di Lapangan Terbang Langkawi


Ini sahaja lah itinerary kami yang sgt ringkas.
Yana ade bajet ciput2 tu boleh lah follow itinerary yana nie..hihi..

Selamat bercuti semua :)



Comments

Popular Posts