Thursday, August 15, 2013

Flavors.me

**update!!**

Liyana Zakaria: Bachelor of Business Administration (Hons) Islamic Banking

Saturday, August 10, 2013

PHOTOSHOOT

Venue : Lagun Kuala Terengganu
Camera : Nikon D3100
Photographer: Aqeq Yuyu







Untuk gambar-gambar yang lain, teruskan membaca entri ini :)

2nd Syawal 2013




okey...konon lh deal dgn ayu nk kuar kul11, tp terlajak tdo smpai kul10 lebih..hahaha..
last2 kul12 bru kuar beraya...
selepas beraya rmh kwn ayu, aku pergi beraya rmh best fren aku mase duk mrsm dulu...rumah mardiana..
lme x jumpe dia..
kebetulan lak aku smpai rmh dia tu dlm kul1...
dan selepas solat jumaat ade org nk merisik dia...huhuhu..
insya-Allah 24 hb 8 dia tunang dgn Faiz dan akan kahwin awal tahun depan..
waa...seawal 23 dh kahwen... bljr ade 3 thun lh..
nk tunggu dia hbis bljr, tua dlu lh laki tu..huhu..
Semoga bhgia sahabat ku tersyg..


Lepas beraya rumah mardiana, aku gerak ke Kuala Terengganu...
ke rumah kawan baik aku mase diploma kt UITM Kuala Terengganu dulu..
Konon lh nk surprise xckp kt dia otw kn..
last2 bila smpai depan rmh dia, kol dy...dy xde kt rmh...dy otw ke rmh atok dy..
terharu sgt2, dy patah balik, x ikut kakak2 dy pergi beraya..
sb aku dtg kn..heee...
thnz tikah syg...
bergosip lh sgt ngn tikah smpai melarat kul4 lebih melekat kt rmh dia..
btw,dpt jgk berjumpe ngn dy...esok dh nk balik perak dy tu..huhu...misi lh katekn..huhu


**sgt lh kabur gmbr nie...phone murah...nk bt cmno**hehe

Lepas beraya rmh tikah,niat di hati nk pergi lh beraya rmh nana...
tp nana xde...pergi beraya kt rmh sedara dia lak..
Amir lak leh lak time aku kt KT, dia beraya kt Kuala berang..heran..
last2, kol sarol...dy otw balik dr dungun dgn kwn2 dy..
smbil2 tunggu dia sampai,
ape lh... ayu ajak aku pergi Lagun kt Masjid Terapung Kuala Ibai...
Photoshoot katenyer...
huhhuuh..
gmbr2 photoshoot nti2 lh aku upload..
dlm new entry..
x transfer lg haa...
okey...

Salam 2 Syawal :)


Thursday, August 8, 2013

1 Syawal 2013

Seperti tahun-tahun lepas, selepas solat raya...
semua berkumpul kt ruang tamu untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan..
tahun nie kak ngah beraya kat sini raya first... 
kak de raya first beraya kat johor...
raya ke tiga baru balik sini..
lepas bersalam-salaman,kne lh bergmbr cikit kn..heee
tp family aku nie,xde lh suke sgt bergmbr...
ni pom sikit je dpt bergmbr...tp boleh lh dr xde lgsg kn..huhu

Selamat Hari Raya Semua :)





Sunday, August 4, 2013

Surat Untuk Bakal Suamiku...

Pertama sekali,aku bersyukur kerana Allah temukan kita. Aku tahu aku bukanlah wanita terakhir yang kamu ada. Aku tahu ramai lagi wanita di luar sana yang sempurna, yang kamu berusaha untuk mengenalinya. Tapi sekiranya kamu jodohku, kamu memilihku, aku akan berusaha memahami dirimu apa bila hidup sebumbung nanti. Dan aku akan cuba menjadi isteri yang taat, solehah, menyayangimu setiap hembus nafasku, yang dapat menjagamu ketika sakit dan dapat berkhidmat seumur hidupku sebagai seorang isteri.

Aku juga tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna. Terimalah aku seadanya. Aku yakin yang kamu berpotensi untuk membimbing aku ke jalan yang lebih baik, yang dapat membimbing anak-anakku nanti.

Bakal suamiku yang dikasihi,
Sebagai wanita moden, aku tidak akan mengharapkan hantaran beribu-ribu atau berjuta-juta daripadamu. Ikutlah kemampuanmu, aku tidak mahu membebanimu. Kerana hantaran yang murah itu adalah sebaik-baik wanita. Semasa aku menjadi isteri mu, aku juga tidak mahu wang berlebih-lebihan daripadamu kerana aku punya gaji hasil titik peluhku untuk aku berbelanja memanjakan diriku. Cukuplah sekadar mampu. Kerana aku bukan mengukur kemewahan dan kekayaan itu sebagai pengukur kebahagiaan.

Bakal suamiku yang budiman,
 Aku juga berharap agar kamu menjaga hubunganmu dengan ibu bapamu, kerana restu ibu bapa itu perlu dalam menjalani hidup di muka bumi ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka dan sentiasalah mencari redha mereka kerana sekerinya ibu bapa redha, Tuhan juga akan merestui perjalanan kita. Sama jugalah dengan perhubungan kamu dengan ibu ku. Janganlah kerana aku sudah milikmu, kamu ketepikan mereka. Sesungguhnya kerana mereka tabah dan sabar mendidik aku, sehingga dewasa begini. Aku juga akan membalas budimu melayan ibu bapamu dengan baik sebagaimana tanggungjawabku terhadap ibu bapaku sendiri. Sesungguhnya wajib ke atas kita untuk menghormati mertua sebagaimana ibu bapa sendiri.

Bakal pemimpinku sayang,
Poligami itu memang hak dirimu yang mutlak dan tiadalah kuasa aku menghalang hukum Allah. Namun sekiranya sampai keperluanmu berpoligami, berterus teranglah dengan diriku agar aku dapat membuat persediaan dari segi mental. Aku wanita yang lemah, doakan lah aku tabah dan redha ketentuan Allah. Aku memahami perihal keperluan lelaki sehingga dibenarkan nikah lebih daripada satu, dengan syarat berlaku adillah semampu kamu, kerana aku percaya apabila timbul kemahuan itu, kamu sudah cukup muhasabah diri, menghakimi diri sendiri dan sudah bersedia menanggung dosa isteri-isterimu. Tidaklah sanggup aku melihat lelaki yang aku cintai berjalan dengan bahu senget sebelah di hari pengadilan nanti.

Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskan lah aku dengan kasih sayang. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi... Maka kasihilah aku seadanya, selagi layak aku dikasihi.

Buat bakal suamiku,
*NS*
Amin 


Friday, August 2, 2013

Insya-Allah...

Mungkin suatu hari nanti..
dipenghujung subuh..
di saat terbitnya matahari...
ketenangan akan kembali dalam diri...
iaitu..
apabila kita telah menjadi seorang wanita yang baik...
 dan di saat itu...
bersebelahan kita di temani seorang lelaki yang baik...

Pertemuan wanita yang baik dan lelaki yang baik akan menghasilkan anak-anak yang baik...
Insya-Allah..