Friday, August 5, 2016

Day 3 : Safari Tour

Yeah!!!Dah masuk hari ketiga di Krabi. Sepanjang bercuti nie memang tak pernah rasa penat.
Selera makan pom bertambah2.. berkilo2 naik nie. 
Okey, third day, rujuk kepada post sebelum nie kami memang ambik satu pakej Island Hoping & Safari Tour. Island Hoping dah.

So yana nak share pengalaman sepanjang Safari Tour pulak... Trip ni memakan masa 1 hari. dari 9 pagi hingga 5 petang. Seperti biasa lepas breakfast di resort, kami menanti van untuk ambik kiteorang lah...


So, dalam satu kumpulan ada 10 orang. Naik van yang sangat selesa. Eklusif. First stop kami adalah menuju ke tempat gajah. dari pantai Ao Nang, makan masa 30 minit.


First Stop : Elephant Trekking

Okey. First time naik gajah. Tapi tak takut pom. HAHAHA... great moments!







Second Stop : Hot Spring




Friday, July 29, 2016

Happy Birthday Liyana!!!

4 Mei 2016!!!
 My first birthday with my hubby. And at this day we both in Krabi!!! Gitewww... 
Honeymoon plus birthday celebration giteww..

Selepas satu hari dari pagi sampai ke petang pusing pulau, ikutkan hati nak rehat je dalam bilik..
tapi mood holiday, penat tu semua hilang sebab bercuti kan.. dengan orang tersayang pulak.. 
Untuk dinner hubby ajak dinner kat tepi pantai sambil tengok sunset. Kakak Ipar yang suggest..

Tapi apakan daya, tunggu punya tunggu, sunset nyer xnampak sebab gelap nak hujan.. sob2...
Name restoran nie, Chaba Thai Kitchen Halal Food, Ao Nang. 
Actually quite expensive makanan kat sini. Tapi, memang sedap.. 
Sekali sekala kan nak romantik2 nie.. apa salah nyer...

Thanks sayang for this sweet moments.
Sambut birthday kat Krabi lagi. Seronok!!!
I Love You. Forever..






Lepas makan jejalan sekitar Ao Nang Street. Cuci mata tengok cenderahati untuk beli esok!







Friday, July 15, 2016

Day 2 : Phi Phi Island Tour

Hari ni hari jumaat..  mood buat kerja dah xde.. okey.. nk sambung kisah di krabi... nak habiskan jugak walaupun dah lame berlalu.. hihi

Hari ke-2 di Krabi, selepas breakfast di resort, satu van pick up kami untuk ke tempat berkumpul sebelum bermulanya Phi Phi Island Tour. Sampai di tempat berkumpul, doraang bahagikan kepada beberapa kumpulan. Lucky nya kami dapat tour guide perempuan yang sangat fasih ber bahasa melayu, speaking english & siam. 3 in 1 okey. Nama dia Wawa dan dia ni Islam, bertudung lagi. So, xperlu risau sepanjang perjalanan.


So, bermula lah perjalanan kami menaiki speedboat dalam 20 orang. kalau korang nak lagi adventure, boleh naik long tail. tapi, aku x berani.. risau mabuk laut.. Perjalanan dari Ao Nang ke Phi Phi Island mengambil masa 30-45 minit sahaja.

Destinasi 1 : Vaking Cave









Destinasi 2 : Maya Bay

Famous place in Phi Phi Island. Tempat penggambaran filem "The Beach" yang dilakonkan oleh Leonardo Di Caprico. Sangat cantek. tapi banyak batu karang & tanjung yang dah rosak akibat tsunami dulu. 

Thursday, June 16, 2016

Ao Nang Princeville Resort & Spa di Krabi

Sepanjang 4 hari 3 malam di Krabi, di sini lah kami bertapak. 
Ao Nang Princeville Resort & Spa.
Lokasi resort ni memang sangat strategik dan terbaik sekitar Ao Nang.
Resort nie betul2 depan pantai Ao Nang. Kalau nak shopping ke, makan, money changer, & massage pom senang. Bak kata semua lah senang.Hihi
Yana sangat recommend resort ni. Facilities & makanan memang tip top!!
Resort nie jugak femes sebab Restaurant White Orchid tu dapat pengiktifan halal. So, makan lah tanpa was-was. Makanan dia pom best2. boleh diterima tekak.Hihi.





Sebenarnya tak sangka dapat bilik besar macam nie.. dengan harga murah.. memang sgt berbaloi2..
kalau di Malaysia bilik mcm nie tak tahu lah berapa riban kan.. hihi..
kalau u oll dtg ngn anak2 pom xde hal.. bilik nie kite boleh berlari2 lari..
Paling suke burung dalam sangka tu.. cantik.. romantik gitewww...

Wednesday, June 15, 2016

Bercuti di Krabi - Day 1


Yeahhh!!! Dah sampai Krabi...

Perjalanan hanya ambil masa 1 jam 30 minit. Gerak dari KL 7.10 pagi, sampai di Krabi 7.30 pagi.
Waktu di Krabi 1 jam lebih awal dari Malaysia. 



Sesampai je di airport, perkara first kiteorang buat adalah beli simkad! 
Korang boleh beli je kat mane2 booth2 kecil sekitar airport tu. 
Kiteorang beli utk data internet sahaja untuk 5 hari.

Selesai beli simkad, kami usha2 pakej ke PhiPhi Island & Jungle Tour.
Plan asal nak usha sekitar resort, tapi memandangkan terlebih excited & tak sabar, aku ajak hubby book terus kat Airport tu. Bila di compare2 mahal pom dalam rm10+ je beza dia. hihi

Day 2 : Phi Phi Island Tour (2200 Bath for 2 person)
Vaking Cave
Maya Bay
Phi Phi Don
Monkey Beach
Bamboo Island
Piley Bay

Day 3 : Safari Tour (800 Bath for 2 person)
Elephant trekking
Hot Spring
Emerald Pool
Tiger Cave


Total untuk dua pakej nie  4000 Bath. Kalau dalam ringgit Malaysia RM400.
Berbaloi kan 1 pakej RM100 seorang. Pergi byk tempat (Full day), lunch provided, tour guide, dll.
Setel book, kiteorang bergerak ke Ao Nang. Haa... Tiket bus dari Airport ke Resort termasuk dalam pakej tour tu. Lagi senang kan. tak payah nak cari bus sendiri. Perjalanan dari Airport ke Ao Nang makan masa dalam 45 minit. Kalau korang nak lagi privacy, korang boleh naik teksi, 600 Bath satu trip satu teksi..


*Dalam Bas

*Depan resort

Memandangkan sampai kat resort dalam pukul 7.45 pagi, awal sgt2, memang tak boleh check in resort lagi. Kiteorang hanya dibenarkan check in selepas pukul2 petang. Lagi 6 jam?? Nak buat apa kan. Tapi kami dibenarkan tinggalkan beg di lobby resort.


Friday, June 3, 2016

Percutian Bajet ke Krabi

Krabi? Yeahhhh... Dah lama teringin nak datang Krabi tau. Alhamdulillah, dapat jugak honeymoon kat sini dengan Encik Suami.

Berbalik kepada tajuk entri hari ini, "Percutian Bajet ke Krabi".
Yana nak share sedikit sebanyak itinerary Yana dan husband ke krabi selama 4 hari 3 malam.

Okey. Untuk tiket flight & hotel Yana booking via Expedia . 
Memang sangat2 berbaloi sebab booking 2 in 1. Tambah2 booking time AirAsia promosi dan bukan peak season.


Return Flight Ticket 2 Adults + Hotel 4 days 3 night include breakfast for 2 = RM1523.08

Yes! Cuma RM1523.08 sahaja. 
Korang mungkin akan dapat lagi murah sekiranya korang booking hotel yang biasa2 sahaja.
Sebab hotel yang Yana booking nie taraf 3-5 star jgk lah. Mood honeymoon kan. Hihi...
Nak lagi murah? Booking setahun sebelum..hihi






(Enlarge picture for clear version)

Yeahhhh!!!! Jom ke Krabi :)

Tapi sebelum ke krabi, sediakan barang2 yang penting dulu taw.
dan yang paling penting tukar duit di Malaysia jgn smpai sana baru tukar. Mahal lah kat sana. Jangan tukar semua duit malaysia. Simpan jugak sikit untuk apa2 tambang ke makan ke bila sampai Malaysia balik nanti.


Ini lah antara barang2 yang kiteorang bawak. Maklumlah backpakers. So, barang2 mmg yg sgt penting je kiteorg bawak. 

Checklist Barang Penting : 

1. Passport
2. International Adapter
3. Sun Glasses 
4. Waterproof chasing
5. Sun Block. (Jalan2 pulau. Panas wei)
6. Selipar
7. Pakaian (Santai2 sudah. tak payah nak bawak hanbag, kasut2 lawa2 bagai...hihi)

Peringatan : Jaga-jaga bila bawak cecair, kalau lepas nasib baik ler masa nak check in tu.
Alhamdulillah, masa Yana pergi semua lepas.


***4.30 pagi di Putrajaya Sentral***


Haaa... Buat apa tu kat Putrajaya  sentral??

FYI, parking kat KLIA & KLIA2 agak lah mahal sikit. So, for those yang nak berjimat macam kiteorang, boleh la anda2 semua parking kereta kat putrajaya sentral je. Then dari Putrajaya sentral, boleh terus naik train ERL terus ke KLIA & KLIA2, xsampai 15 minit dah sampai airport.

Rate Parking sehari hanya RM4.00 sahaja. Murah kan??
Tiket train sehala untuk sorang hanya RM6.20 (kalau tak silap. Lupa lah pulak)
Seawal kul4.30 dah ada kat stesen sebab tak nak terlepas First train pukul 4.52 pg..
Okey. Nanti yana share Itinerary kat sana pula ye.

Stay tuned!  





Tuesday, May 17, 2016

Soal Zuriat

Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita ready pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrrrrrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.

Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, 'itulah waktu yang terbaik untuk kita.' Yakinlah.

Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.

Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.

Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah 'mengurniakan' anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.

Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah. :')

Wednesday, February 17, 2016

LIMA NASIHAT BUAT PASANGAN MUDA


Melihat tingginya kadar perceraian dikalangan pasangan yang baru berkahwin, rasa amat gerun dan sedih. Ikatan perkahwinan seolah satu permainan, seolah nikah cerai ini benda yang boleh dibuat main-main, apatah bila bercerai atas sebab-sebab yang amat remeh.

Ketahuilah, dalam banyak keadaan, perceraian tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan akan menambah lagi masalah, tambah-tambah jika telah mempunyai anak, kesannya bakal berlanjutan puluhan tahun, bahkan mungkin memakan generasi.

Ada lima perkara yang saya ingin kongsikan berkenaan perkahwinan, terutamanya buat pasangan muda. Bukan kerana rumahtangga saya yang terbaik, tapi atas dasar nasihat menasihati agar kita semua menjadi lebih baik.

Pertamanya, rancang kewangan dengan cermat, sebelum dan selepas perkahwinan, kerana terlalu banyak pasangan yang bercerai kerana masalah ini. Elakkan berbelanja terlalu besar untuk majlis perkahwinan. Bawa berbincang dengan ibu bapa tentang hantaran dan kenduri kendara, tambah-tambah dalam kegawatan ekonomi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang. 

Sederhana adalah kunci bahagia.

Selepas berkahwin, hiduplah seadanya. Tidak mengapa jika masih tidak mampu berkereta atau tinggal di rumah yang tidak ada perabot yang lengkap. Mungkin pada 6 bulan pertama, terpaksa tidur hanya di atas toto dan duduk-duduk pun di atas kerusi plastik. Jangan terjebak dengan pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit hanya untuk memuaskan nafsu dan membeli barang-barang yang masih belum mampu dimiliki.

Insya-Allah, lama kelamaan, hidup akan lebih stabil, jika kena caranya. Cuma perlu ada kekuatan untuk hidup sederhana dan lasak pada awal-awal perkahwinan.

Kedua, terimalah pasangan seadanya. Bersabar atas kekurangannya dan sama-sama berganding bahu menambah ilmu untuk menjadi lebih baik. Suami ada kelemahan dan isteri juga ada kelemahan, jangan mengharap sempurna dari pasangan atau membanding-banding dengan suami/isteri orang lain, bahkan jangan sesekali membanding-banding suami/isteri dengan ayah/ibu sendiri. Itu pantang yang cukup besar dalam rumahtangga.

Awal-awal perkahwinan, isteri mungkin tidak berapa pandai memasak dan suami juga masih belum memahami emosi si isteri. Jadi, banyak bersabar dan memaafkan, insya-Allah, buah dari kesabaran dan kemaafan adalah rasa manis dan bahagia yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Ketiga, masuklah dalam rumahtangga dengan minda untuk memberi dan berbakti, bukan untuk menerima. Jangan terlalu awal menuntut hak itu dan ini, andai kita sendiri masih belum cukup berbakti kepada suami/isteri dan anak-anak. Tidak ada salahnya suami mencemar duli melakukan kerja-kerja rumah ketika isteri penat dengan pelbagai tanggungjawab dan tidak ada salahnya juga isteri mengeluarkan wang untuk belanja asasi keperluan rumah. Jangan berkira atau ada sifat kedekut dengan pasangan dan anak-anak. 

Dalam zaman di mana suami dan isteri sama-sama bekerja, perlu lebih banyak ‘give and take’, namun jangan sampai tugas-tugas asasi suami dan tugas asasi isteri ini terbalik hingga suami gagal memberi nafkah dan isteri pula tidak mengurusi keluarga dengan sebaiknya. Buruk padahnya nanti.

Keempat, jaga hubungan dengan mertua, tapi, jangan sampai terlebih-lebih pula kerana campurtangan mertua juga adalah antara punca besar keretakan rumahtangga. Elakkan dari tinggal bersama mertua kecuali jika ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sangat. Banyak masalah hubungan dapat dielakkan jika tidak tinggal bersama atau terlalu dekat dengan mertua. 

Suami perlu ada pendirian agar ketaatan kepada ibu ayah tidak dijadikan alasan untuk menzalimi isteri. Isteri juga perlu faham bahawa ketaatannya adalah pada suami, bukan lagi pada ayah dan ibu sendiri, namun begitu, ia bukan lesen bagi suami untuk bermudah-mudah dalam hubungannya dengan mertua sebelah isteri. Keseimbangan dan kebijaksanaan dalam berdiplomasi adalah kuncinya.

Kelima, dan yang paling penting, binalah taqwa dalam rumahtangga. Dengan adanya taqwa dan hubungan yang erat dengan Allah, rahmat Allah mudah untuk turun dalam rumahtangga. Bila turunnya rahmat dalam rumahtangga, mawaddah akan hadir menghiasi hubungan antara suami dengan isteri. 

Amalkan solat (sunat) berjemaah bersama-sama di rumah, bangun tahajjud, pergi ke majlis ilmu dan tadabbur Al Quran bersama-sama. Elakkan unsur-unsur lagha di dalam rumah, jauhkan rancangan-rancangan televisyen yang merosakkan dan hiburan-hiburan yang melalaikan. Bina suasana seperti masjid di dalam rumah, insya-Allah, bahagia akan menjadi milik kita.

#CopyPasteFromFB