Monday, November 4, 2013

Makaroni Bakar



Bahan-bahan: 1 paket Mozarella cheeze 1 paket Parmesan cheese (Kecik) Cooking cream sekotak (atau boleh ganti dengan fresh milk) Makaroni sebungkus Bawang putih 5 ulas Bawang merah 1 Biji (Besar) Cendawan butang Sosej Daging Cincang atau bahan-bahan yang disukai Cara-cara: Masak makaroni dalam air yang mendidih secukupnya dan toskan. Biarkan ditepi. Masukkan cendawan,sosej,daging cincang atau bahan-bahan lain mengikut citarasa ke dalam minyak yang sederhana panas sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah di cincang hancur sehingga naik bau. Kemudian barulah masukkan cooking cream atau fresh milk. Jika selepas 15 minit masih cair,masukkan kuning telur sebijik nak bagi pekat. (Kalau tak pekat jugak letak sebijik kuning telur lagi...depends) Tambah black pepper jika perlu. Tabur Parmesan Cheese. Tuangkan semua bahan itu ke atas makaroni yang telah dicelur dan ditoskan. Selepas itu ,taburkan Mozarella cheese ke atas bahan2 itu. then bakar dalam 10 minit pada suhu 180 darjah celcius Gunakan api untuk bahagian atas sahaja. Selamat mencuba





Tuesday, October 29, 2013

Deadline

dengan selamber update blog kat opis..
almaklumlah bos xde..pergi ikut staff kuar siasat..
so ape lg..curi2 online lh kejap kn...hehe..
 


bercakap pasal deadline..
naik jgk lh bulu roma aku bila tgk tarikh2 nie..
questionnaire pom x distribute lg... 
skrg pom tgh translate questionnaire dr BI ke BM..
bila dh siap translate baru leh distribute..
tp nk siapkn tulh punyer lah malas...adoyaiii..
 1 hb 12 tu kn, mcm xnk pergi je merbok...
jenuh lh asyik pergi sne kn...
22 hb 12 kne pergi lg..
dh alang2 pergi lepas praktikal jelh 2o hb 12 ke ..
hopefully advisor okey...
ape2 pom..
aku kne siapkn semua tu dlm mase yg ditetapkan.. 
Another 1 month kne submit research findings..
and another less than 2 month kne submit final report ngn present sekali..
cuak weiii..
semoga dipermudahkan segalanya..
dan semoga Allah bagi aku kekuatan untuk siapkan thesis nie..
Amin...

taraaaaa....cantik x calendar yana bt..heheehe...
okey..bye2...


Saturday, October 19, 2013

The Song

Hello! Good Evening!
Nothing much to say...
It's all about heart...


I just love this song... 


Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga


Thursday, October 17, 2013

Lapangkan hatimu dengan taubat...


Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita?Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa?
Jika terasa menyesal, itu petanda Iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira.. itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.
Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan.
Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.
Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat?

Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di Akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. [HR. Ahmad]
Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di Akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke Neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah.

Menangislah Hari Ini

Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini… kerana menangis di Akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.
Takutilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isteri, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita.
Ya, kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba.
Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju ‘syurga’ ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah S.A.W ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh ‘nostalgia dosa’ – hinggakan sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah S.A.W menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.
Rasulullah S.A.W pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:
“Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. [Sulaiman bin al-Ash'ath, Sunan Abi Daud]
Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk Syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan.

Jangan Rasa Selamat

Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang di kelilingi premis dosa?
Walau bagaimanapun, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, gejala sosial dan lain-lain masalah sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat.
la boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah, tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang, “What happens ‘in’ you is more important than what happens ‘to’ you.” – apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada (‘di luar’) diri kita.

Menyingkap Lembaran Sejarah

Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat nabi-nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perlu diamat-amati.
Renungilah hakikat ini : Umat Nabi Nuh a.s yang tunduk kepada hasutan Syaitan, yang mana Syaitan itu diciptakan daripada api – Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar. Kaum Saba’ yang juga menyembah api, Allah musnahkan dengan banjir. Apabila api diagung-agungkan selalunya Allah datangkan air sebagai pemusnah.
Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila berlaku kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana sebagai azab yang memusnahkan mereka.
Inilah yang telah berlaku kepada umat Nabi Luth, yang ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian. Kaum Nabi Salleh kerana curang dalam perniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaannya.
‘Tentera Allah’ (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang engkar walaupun telah diberi peringatan berulang kali oleh nabi masing-masing. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah S.W.T kerana mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Kelapan-lapan kaum itu ialah:
  • Kaum Nabi Nuh
  • Ashabul Rass – mendustakan nabi mereka yang bernama Hanzalah. Mereka menyembah berhala.
  • Kaum Tsamud – kaum Nabi Salleh.
  • Kaum Aad – kaum Nabi Hud.
  • Firaun dan pengikutnya.
  • Kaum Nabi Luth.
  • Ashabul Aikah – kaum Nabi Syuaib.
  • Kaum Tubba’.
Untungnya, umat Nabi Muhammad mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada Nabi-Nya – Muhammad S.A.W. Bencana tidak berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad sepertimana yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri.
Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau dan lain-lain (walaupun sudah hebat dan dahsyat) tetapi ini berkali-kali ganda lebih ringan berbanding bencana yang menimpa umat-umat terdahulu.
Apapun, mesejnya tetap sama – sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah ‘bisikan’ Allah ini. Jangan sampai kita terpaksa mendengar ‘jeritan-Nya!’ (bencana yang lebih dahsyat).
Lihat sahaja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa ‘konvensional’ yakni air?
Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa.” (Surah al-An’am 6: 44)


Pendosa Tidak Tenteram Jiwanya

Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah:
Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan-Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” (Surah Thaha: 124)
Ibnu Khatir menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya:
Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.

Hati Yang Bercahaya

Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri.
Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui selepas Ramadhan nanti, apakah penuh pahala atau sebaliknya. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (Akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai! 
copy & paste
~iluvislam~





Sunday, October 6, 2013

Sebelum Kau Halal Untukku

Sebelum Kau Halal Untukku

Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan

“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”


Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin
 
c& p : BercintaSelepasNikah

Friday, October 4, 2013

which one...

dulu aku pernah post sal Kompius nie!! 
dan sekarang pom aku masih lagi keliru... huhu..


aku masih lagi dgn praktikal aku..
thesis pom belom proceed.. **oh malasnya**..
tibe2 pikir mase depan..
ape haluan aku selepas konvo nanti..
adakah aku akan dapat keje terus?
atau tanam buah anggur je kt rumah?
hmmm...
hopefully dapat lh keje kt mne2 kn..
kalw xdpt pom, xkn nk smbg mster...dh penat lh belajar sbnrnyer..
tp kalw xde rezeki kerja, dan dpt smbg belajar..
ape salah nyer kn.. 
hope everything going well..

okey..
bila dh xde keje sgt,nk bt report pom mls,
jd lh gmbr tu..hahaha...
okey..bye2...

Monday, September 23, 2013

Meet Him..

curi mase sikit update blog...hehehe..
*********

setelah agak lame tak jumpe buah hati, hari rabu lepas aku ke merbok naik bas kul8 mlm..
sampai di sana pukul 5 pagi..
seperti yg dijanjikan, buah hati lh jemput aku kt bus10..
terharu sgt...dh lh smpai awal sblm aku smpai,,
masuk je dlm kereta dpt bunga ros..
sweet kn...heee...



Day 1
mcm bese...pg tu aku pergi kmpus...hntr proposal dlu..setel2 semua...
mls lh nk ckp sal proposal..huhuhu..
************

mlm tu pula..
NS bwk aku pergi makan burger bakar abg burn kt perda..
dh lme mengidam taw nk mkn kt situ..
akhirnya dpt jgk mkn..
meatball terbaik!!heeee...

lepas mkn2 semua, kiteorg pergi sunway carnival..
pergi tgk 2Guns...
actually aku tak kesah pom pergi mn2,asal kn dgn NS je..hee
******

Day 2
ikutkn NS kn nk pergi bukit merah lepas solat jummat..
tp nk bt cmne.. geng2 kelas dia ade jgk pergi time tuh...
mmg xlh aku nk pergi kn..segan kot...heeee..
last2 kiteorg pergi penang... kt batu feringghi..
jalan2 kt pantai..
ambik2 gmbr...
heee....sonok!!!
tak sabar nk hidup dgn dia taw..



********

Lepas solat mgrib, NS bwk aku pergi KampungPelet...
guess what?
ade satu cafe yg sgt2 cantik kt dlm tu..
Puncak Mutiara Cafe...
seriously,,aku tak tahu nk gmbr kn cmne..
tp aku suke sgt2 tmpt tu...
dgn kiteorg mkn tepi kolam...
bwh lampu malap..
can i call this "Candle Light Dinner" ? 
hehhe...pdhl lilin xde pom...
tp siyes...cntik sgt...
cafe dlm taman...heeee...
Thnz a lot for the sweetest moment i never get..
i'm really appreciate.. 






*********

Day 3
Hari ni last aku kt merbok...
mlm dh balik terengganu kul10.30 mlm..
alahai...berat sgt nk tinggal kn NS...
sakit sgt2...
tghri pergi mkn kt tanjung dawai..
ajak kila sekali...
lepas tu dlm kul3 bru gerak ke amanjaya...
tgk Dampak..
lepas tgk dampak kiteorg beli no digi..digi easy..
no beza 1 je...heeee...

********

Sebelum aku naik bas..
dalam kereta..
mmg aku tak tahan kot..sedih sgt2..
berat sgt nk pergi..
dan aku dapat rase...
dia pom berat nk lepas aku..
dy nangis..
terharu sgt...
dear NS..
sayacintakanawaksangat2
Insya-Allah suatu hri nanti kita akan dijodohkan..
Amin...
Thanks for everything NS :)
i love u so much...


Thursday, September 12, 2013

Praktikal oh praktikal

pejam celik pejam celik dh nk masuk dua bulan aku praktikal 
kt Pusat urusan zakat Daerah Hulu Terengganu..
sekejap je masa berlalu kn..
sepanjang aku praktikal di sini...
byk yg dapat aku belajar...
tentang kehidupan ..
tentang alam pekerjaan..
tentang wanita..

yang pada awal nya agak kecewa sebab tak dapat praktikal kt rhb bank,
tp byk hikmah yg aku nmpk sebab aku xdpt praktikal kt sana tetapi praktikal di pusat zakat...
even aku sendiri x pasti praktikal di sini dpt elaun ke x...
dan aku sendiri pom x pernah nk tnye...
tp insya-Allah, aku akn cube sedaya upaya ikhlas kn diri untk berkhidmat di sini selama 5 bulan..

Sepanjang aku praktikal di sini, sgt2 tenang bekerja di bawah org2 yg sgt2 baik..
bos yg baik... staff2 yg baik dan akak2 yg baik dan sentiasa membantu aku..
aku sgt suke environment di sini..
environment yg sgt sihat..
even kalw ade mse lapang, or xde keje nk bt...
xde sembang2 kosong or gosip..
tetapi berckp atau berbincang perkara2 yg berfaedah..
sentiasa kongsi2 ilmu..
kongsi2 hukum agama..
aku yg paling muda di situ hanya mampu mendengar..
tetapi seronok dgr dorg berbicara..
byk bnd yg aku xthu..
kat sini jgk aku dpt knl dgn ber mcm2 jenis perangai manusia..
terutamanya perangai org2 yg dtg membayar zakat dan juga yg dtg meminta bntuan..
yg dtg meminta bntuan pula mmg kebykkn yg btul2 susah..
kdg2 xsmpai hti aku nk dgr mslh dorg..
rse sedih sgt2...

hari tu kn...
ade seorang mak cik nie..dy dtg nk mntk bantuan sara diri... dy dtg dgn dua org anak dy masih kecil.. dgn keadaan dy yg hmpir tempang... suami dh meninggal... subhannallah... sedih sgt tgk..
dan dia ada lg anak yg bljr di universiti...byk sgt tanggungn..tp dy xmampu bekerja krna sakit..
Alhamdulillah, on the spot bos bg bantuan kt dy dan di senarai kn terus dlm penerima bntuan bulanan..

Lepas kejadian tu, aku merasa kan diri aku sgt x berguna..
sb kdg2 aku xde perasaan tak bersyukur apa yg dh aku ade..
selalu bertnya kn apa yg aku tak ade..
subhanallah...
kita tak sedar kn ade yg jauh lebih memerlukan dari kita..
bersyukur lh ape yg kita ade skrg...

itulh hikmah yg aku nampak kenapa Allah hantar aku ke sini..
supaya aku kenal ape itu kesusahan...ape itu erti syukur.. dan belajar untuk ikhlas...

Aku memang bukan insan yang sempurna..
tetapi insya-Allah... 
aku cube menjadi yang terbaik untuk diri aku, keluarga dan orang yang tersyg...
Terima Kasih Allah atas segalanya... 



**hati kecil berbunyi**
~tak sabar nak jumpe buah hati khamis minggu depan...rindu sgt2~


Sunday, September 8, 2013

Adorable....

Tibe-tibe rasa nak update blog lepas chat ngn zue tadi,,..
seriously...rindu sgt2 kt zue..
dy dh nk balik Sheffield dh dua minggu lg...
mgkin xsempat nk jumpe...
aku pom ngh praktikal kn..

setiap kali chat ngn zue mesti bersemangt...
sejak dari mrsm lg zue sentiasa bg semngt kt aku..
dh mcm kakak aku dh dulu..
ingt lg,mse mlm exam bio,dy sanggup ajar aku even dy sepatutnya study jgk..
terharu sgt...
mahupun mse aku di matrik sekali pom..
still contact ngn aku...
xpuus2 bg semngt kt aku
bg nasihat kt aku..
terima kasih zue..
terima kasih sgt2....

Sblm pergi sheffield mse sept 2011 dlu, zue pernah ckp..
dy hrp dy akan dpt master di sane..
even dia pergi ke sana untk degree, kalw capai pointer yg tinggi,akan dpt master terus..
insya-Allah.. aku percaya...zue mesti dpt...
and Insya-Allah jgk dia akan grad bulan 7 tahun depan 
di University of Sheffield for Master in Electical and Electronic engineering...
seawal umur 23 tahun dah dapat Master... 
di negara orang lak tu...
  sonok nyer...
aku akan tumpang bahagia time tuh...
even aku tak de lh sehebat dia,aku tetap berbangga ade kwn mcm dy..
yg pernah bg aku semangt...
yg pernah bg aku nasihat smpai skrg...
thnz zue....
i adore u so much Nadia Zuheera !!!!


Friday, September 6, 2013

Cara nak kira CGPA UiTM

Setelah sekian lama belajar di uitm, dhdh pom praktikal , baru hari nie aku tahu cara nak kire gpa n cgpa.. heeee....

ni korang punya Gred :

A  +  : 4.00
A      : 4.00
A  -   : 3.70
B +  : 3.30
B     : 3.00 
B -   : 2.70
C +  : 2.30
C     : 2.00
C -   : 1.70
D +  : 1.30
D     : 1.00
E     : 0.70
F     : 0.00

Keputusan Semester 1
SubjectKreditGredMata NilaiJumlah Mata Nilai
1Programming For Engineers3B3.009.00
2Statics3B3.009.00
3Thermodynamics I3A-3.7011.10
4Laboratory I2A-3.707.40
5Calculus2B-2.705.40
6English For Academic Communication2B-2.705.40
7Islamic And Asian Civilization I2B+3.306.60


Pengiraan GPA Bagi Semester 1 :-
GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit

GPA=9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60
3+3+3+2+2+2+2

GPA=53.90
17

GPA sem 1=3.17




Keputusan Semester 2


SubjectKreditGredMata NilaiJumlah Mata Nilai
1Dynamics3B3.009.00
2Engineering Drawing3B+3.309.90
3Material Science3C-1.705.10
4Engineering Mathematics3B-2.708.10
5Islamic And Asian Civilization II2B-2.705.40
6Swimming I1A4.004.00



Pengiraan GPA Bagi Semester 2 :-


GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit

GPA=9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00
3+3+3+3+2+1

GPA=41.50
15

GPA sem 2=2.77



Sekarang anda dah tahu macam mana nak kira GPA. Sekarang kita tengok pulak cara nak kira CGPA.


Pengiraan CGPA Bagi Semester 1:-
Untuk semester pertama, nilai CGPA dan GPA adalah sama kerana purata diperoleh dengan mengira keputusan satu semester sahaja iaitu semester 1. Oleh itu CGPA = GPA untuk semester pertama sahaja.
CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester

CGPA=53.90
17

CGPA sem 1=3.17



Pengiraan CGPA Bagi Semester 2 :-


 Pada semester kedua, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.
CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester

CGPA=53.90+41.50
17+15

CGPA=95.40
32

CGPA sem 2=2.98


credit to blog: