Thursday, September 17, 2015

Single to Married!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini 17 September 2015 genap 18 hari yana bergelar isteri kepada Nazirul Syahmi Bin Ahmad Shokhaily. Harap belum terlambat untuk yana kongsi majlis perkahwinan Yana.

Alhamdulillah, segala penat lelah, demam, batuk, resah, gelisah, stress, penat-penat badan dan seumpamanya berakhir dengan Akad Nikah dan Majlis Persandingan Yana dan Nazirul pada 30 Ogos 2015 di rumah Yana di Felda Mengkawang, Terengganu. Syukur kepada Allah s.w.t kerana majlis berjalan dengan lancar dan segala dipermudahkan oleh - Nya. Alhamdulillah.

Kina dan selamanya Liyana Binti Zakaria menjadi isteri kepada Nazirul Syahmi Bin Ahmad Shokhaily. Semoga perkahwinan kami akan kekal hingga hujung nyawa dan ke Jannah. Amin.

Terima kasih yang tak terhingga kepada kedua ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara yang banyak membantu untuk menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. Tidak lupa juga kepada geng rewang jiran tetangga untuk makanan para tetamu, pakej pelamin daripada Hanisah Pengantinku Azmi , photographer daripada kawan satu kampung dan kawan satu sekolah Faizal dan kek kawen serta kek hantaran daripada famous baker Cantek Sekali . Terima kasih semua. Sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Tip top punyer lah!

Cukup dulu setakat ini. Sesiapa yang nak kahwin tu di alu-alukan untuk bertanya tip2 sebelum perkahwinan termasuk bajet dan lain-lain. 

Terima kasih sekali lagi untuk semua dan kepada tetamu dan kawan-kawan yang sudi datang ke majlis perkahwinan Yana.

Doakan kebahagian kami kelak. 

P/s : Boleh layan sedikit gambar dari Photographer dan dari phone-phone terpakai. hihihi 


Selfie guna phone hubby :)

Lain-lain gambar daripada photographer 




(My Family)

(My new family)

Saturday, May 30, 2015

SL1M Batch 1 - BiMB Holdings Convocation

Alhamdulillah, selepas 8 bulan training SL1M akhirnya sampai dipenghujung jua. Banyak yg aku belajar sepanjang aku dua bulan di bank islam dan 6 bulan di Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Terima kasih kepada semua yg banyak bagi aku semangat dan tunjuk ajar. Kepada kawang-kawan, tahniah kepada yang diserap sebagai pekerja tetap, dan yang mana tidak dapat, In Shaa Allah kat luar sana ade rezeki yang lebih baik buat semua. Ada jodoh kita jumpe lagi ye. :)


BiMB Holding SL1M Batch 1 (Girls)


BiMB Holding SL1M Batch 1 (Boys)



Alhamdulillah. Rezeki daripada Allah s.w.t

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, tamat sudah Skim Latihan satu Malaysia (SL1M) - BiMB Holding semalam.
Alhamdulillah, rezeki yang tak di duga datang menjemput. Syukur sangat2 di beri kepercayaan untuk meneruskan kerjaya di Syarikat Takaful Malaysia Berhad ini. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan yana sekarang.. syukur sangat2.. terima kasih Ya Allah. terima mak dan ayah yang sentiasa bagi sokongan dan tidak putus mendoakan.

In Shaa Allah yana akan official bekerja sebagai staff pada isnin nanti 1 Jun 2015 sebagai executive utk mySTAR Academy Department, Retail Business Division.

New Life, New Journey..

Doakan yana ye semua :)




Saturday, May 16, 2015

Pengalaman naik Broga Hills

Finally, tertunai jgk niat dihati nak naik Broga. Alhamdulillah, aku , naz dan ekin smpai di kaki bukit sblm pukul 8pg. Sebenarnya dah agak lewat pukul8 baru nak naik atas kan tp better late than never kn.. hihihi... TF and his team 7.30pg dh start naik dh.. Tapi disaran kan lepas subuh tu dh ade kt kaki bukit,.. bukan apa, nak naik lewat tu boleh, tp agak panas lah kn.. dengan penat nyer lg.. heee... tp aku x mengalah.. aku naik jugak smpai ke puncak ketiga.. xsampai sejam okey kiteorg smpai atas sane.. hoorayyy!! nanti nak pergi lagi.. kalau boleh nk tgok sunrise lak.. heee.. Jom layan gambar..




Puncak Pertama


Puncak Kedua


Finally, Puncak Ketiga dan terakhir!!

i made it!!!

24th Already!!!

Alhamdulillah, minggu lepas 4 Mei 2015 genap umur aku 24 tahun. Masih muda lagi okey. Semoga aku dipanjang kan umur dan diberi kesempatan untuk perbaiki diri kepada yang lebih baik.. Amin.


Credit to NS for this cake...


Credit to Retail Business Division to this celebration :)




Friday, April 3, 2015

Cuci mata di IKEA

Cerita dia dayah nie haa, ajak aku teman dia pergi IKEA, Damansara. Dia cakap nak beli barang sikit. So, Aku on jelah.. sebab aku tahu, mmg best cuci mata kat IKEA nie haa... Seriously, aku mmg jatuh cinta dgn warna putih nie.. kalau boleh semua benda aku nak warna putih. lawa!!! pandai IKEA design idea utk setiap ruangan. Nampak simple tapi moden. N harga dia pom LAWA haaa.. HAHAHA... 



Saturday, March 21, 2015

Pelamin Idaman

Haaa... meh sini aku nak share pelamin meletop especially kat Terengganu. Sebenarnya aku memang minat pada pelamin ala English Vintage nie.. sebab dia xbanyak bunga dan kalau boleh aku mmg xnk bunga langsung.. serabut.. hahaha... and finally aku ade terjumpa satu butik pengantin baru bukak dengan kawasan tempat tinggal aku.. mmg terbaiklah dan menepati citarasa aku.. tp dukacitanya pakej yg ditawarkan agak mahal..mungkin faktor butik tu baru bukak dan butik tu sahaja yang buat pakej pelamin ala English Vintage nie... tp mmg lawa sgt2.. jom layan gambar pelamin..

Butik : Sg Bridal
Lokasi : Kuala Berang, Terengganu 





Sunday, February 22, 2015

Bridesmaid lah sangat :P

Alhamdulillah dah selesai majlis perkahwinan Mardiana (Kawan baik masa MRSM) dan Faiz semalam. Gigih balik okey sebab dia request suh jadi bridesmaid. Tahniah kawan. Aku pulak yang tak sabar nak kawen. Okey guys, enjoy he pics okeyh!