Single to Married!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini 17 September 2015 genap 18 hari yana bergelar isteri kepada Nazirul Syahmi Bin Ahmad Shokhaily. Harap belum terlambat untuk yana kongsi majlis perkahwinan Yana.

Alhamdulillah, segala penat lelah, demam, batuk, resah, gelisah, stress, penat-penat badan dan seumpamanya berakhir dengan Akad Nikah dan Majlis Persandingan Yana dan Nazirul pada 30 Ogos 2015 di rumah Yana di Felda Mengkawang, Terengganu. Syukur kepada Allah s.w.t kerana majlis berjalan dengan lancar dan segala dipermudahkan oleh - Nya. Alhamdulillah.

Kina dan selamanya Liyana Binti Zakaria menjadi isteri kepada Nazirul Syahmi Bin Ahmad Shokhaily. Semoga perkahwinan kami akan kekal hingga hujung nyawa dan ke Jannah. Amin.

Terima kasih yang tak terhingga kepada kedua ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara yang banyak membantu untuk menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. Tidak lupa juga kepada geng rewang jiran tetangga untuk makanan para tetamu, pakej pelamin daripada Hanisah Pengantinku Azmi , photographer daripada kawan satu kampung dan kawan satu sekolah Faizal dan kek kawen serta kek hantaran daripada famous baker Cantek Sekali . Terima kasih semua. Sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Tip top punyer lah!

Cukup dulu setakat ini. Sesiapa yang nak kahwin tu di alu-alukan untuk bertanya tip2 sebelum perkahwinan termasuk bajet dan lain-lain. 

Terima kasih sekali lagi untuk semua dan kepada tetamu dan kawan-kawan yang sudi datang ke majlis perkahwinan Yana.

Doakan kebahagian kami kelak. 

P/s : Boleh layan sedikit gambar dari Photographer dan dari phone-phone terpakai. hihihi 


Selfie guna phone hubby :)

Lain-lain gambar daripada photographer 




(My Family)

(My new family)





Nazirul Syahmi Bin Ahmad Shokhaily


Liyana Binti Zakaria



















Outdoor : Air Terjun Sekayu , Terengganu




Okey :)










Comments

Popular Posts