Bercuti di Krabi - Day 1


Yeahhh!!! Dah sampai Krabi...

Perjalanan hanya ambil masa 1 jam 30 minit. Gerak dari KL 7.10 pagi, sampai di Krabi 7.30 pagi.
Waktu di Krabi 1 jam lebih awal dari Malaysia. 



Sesampai je di airport, perkara first kiteorang buat adalah beli simkad! 
Korang boleh beli je kat mane2 booth2 kecil sekitar airport tu. 
Kiteorang beli utk data internet sahaja untuk 5 hari.

Selesai beli simkad, kami usha2 pakej ke PhiPhi Island & Jungle Tour.
Plan asal nak usha sekitar resort, tapi memandangkan terlebih excited & tak sabar, aku ajak hubby book terus kat Airport tu. Bila di compare2 mahal pom dalam rm10+ je beza dia. hihi

Day 2 : Phi Phi Island Tour (2200 Bath for 2 person)
Vaking Cave
Maya Bay
Phi Phi Don
Monkey Beach
Bamboo Island
Piley Bay

Day 3 : Safari Tour (800 Bath for 2 person)
Elephant trekking
Hot Spring
Emerald Pool
Tiger Cave


Total untuk dua pakej nie  4000 Bath. Kalau dalam ringgit Malaysia RM400.
Berbaloi kan 1 pakej RM100 seorang. Pergi byk tempat (Full day), lunch provided, tour guide, dll.
Setel book, kiteorang bergerak ke Ao Nang. Haa... Tiket bus dari Airport ke Resort termasuk dalam pakej tour tu. Lagi senang kan. tak payah nak cari bus sendiri. Perjalanan dari Airport ke Ao Nang makan masa dalam 45 minit. Kalau korang nak lagi privacy, korang boleh naik teksi, 600 Bath satu trip satu teksi..


*Dalam Bas

*Depan resort

Memandangkan sampai kat resort dalam pukul 7.45 pagi, awal sgt2, memang tak boleh check in resort lagi. Kiteorang hanya dibenarkan check in selepas pukul2 petang. Lagi 6 jam?? Nak buat apa kan. Tapi kami dibenarkan tinggalkan beg di lobby resort.





Selepas berdiskusi, aku dan hubby pergi cari tempat sewa motor.
Risau jugak sebenarnya nak sewa motor nie sebab kena tinggal passport sebagai jaminan dorang.
Mane tak nyer. Negara orang. Macam2 dorang boleh buat. Kalau hilang, masaklah jadi pendatang tanpa izin. Hihihi.
 Okey, kami just think positif & tawakal. Jalan punyer jalan sekitar resort tu, kami terjumpa satu kedai sewa motor nie, betol2 depan balai polis. hihi.
So, sebab depan balai polis n mmg kedai tu yang paling besar, aku rase kedai tu lah yang paling secure. Paling best pekerja situ ada yang pandai kecek kelate. dari 240bath, kami dapat 180 bath sahaja untuk sehari. Terbaik lah husband aku nego ngan mamat tu.

Taraaaa... Ni lah moto yang kami sewa.
 Moto ni xde minyak, so kena isi minyak dulu. Minyak kat sini mahal taw. Kami isi 50bath sahaja sebab minimum pekerja stesen minyak tu cakap kena isi 50bath.
Lepas isi minyak, apa lagi, pusing2 Ao Nang la. Cari makan & survey souvenirs.





Lepas makan & jalan2 semua, balik ke resort. Lagi sejam baru leh check in.
Kalau korang nak tahu, resort yang kami book nie ada sediakan perkhidmatan SPA.
So, xde lah takut sgt nk cuba massage kat Telen nie kn.

Aku decide nak try Thai Massage. 300 bath @ RM30 untuk satu jam, mane nak dapat murah macam nie kat Malaysia. Utk 1st time, aku try 30 minit je.
So, kalau dtg sini jangan lepaskan peluang untuk massage tau. Tiap2 malam aku massage sebelum tidur. Haha.





Jam menunjukkan pukul2. Yeah!!!! Dah boleh check in! Tak sabar nak tengok bilik.


Ini no bilik kami. 

Next entry yana akan share gambar sekitar Ao nang Princeville Resort & SPA nie okey.
Stay tuned!



Trip ke Krabi

Ao Nang Princeville Resort & Spa di Krabi


Phi Phi Island


Safari Tour






Comments

Popular Posts