Anugerah Terindah : Puteri Kedua Kami

Assalamualaikum Semua.. Dah lama rasanya tak update blog. Dah berhabuk blog nie.. Sambil2 Nabilah tengah tidur boleh lah menaip sekejap. Alhamdulillah hari nie Nabilah dah 45 hari. Yeahh.. Ibu pom dah habis pantang 44 hari. Pantang 44 hari tu pantang apa je sebenarnya ye? hihi..
Masih segar di ingatan saat bersalin hari tu. sementara masih segar nie, teringin nk abadikan dalam blog nie untuk rujukan masa depan.



19/10/2019

Tarikh nie last check up dengan Dr pakar , Dr Mashita, Hospital Islam Az Zahra Bangi. Masa nie dah 38 minggu. Lepas jumpa doktor, lepas scan semua doktor cakap baby dah masuk jalan dah. Dah boleh call mak suruh datang KL. Punyer lah cuak. Lepas kuar dari bilik doktor, terus call mak suruh datang KL esok atau lusa jugak stanby. Tapi dah gitau mak boleh lah mak duduk rumah adik dulu sementara yana tak rasa sakit lagi. Risau mak bosan lak duduk rumah yana. Sekurang2 nya dah ada kat KL xde lah risau sgt kan. Sebab dah dekat. Boleh datang anytime. So, mak datang KL 21/10/2019. Hari-hari berlalu langsung tak de rasa sakit. Hanya mild Braxton Hicks Contractions. 
Alhamdulillah 25/10/2019 (Jumaat) sempat jumpa sahabat-sahabat alumni SL1M Batch 1 lagi. Makan best2 dan byk sgt makan manis. Hihi..
Tapi, selepas je makan2 dengan dorang tu perut terasa sakit lain macam. tapi still x kerap.. 

Tara...rindunyer nk mkn kek sedap2..hihi

26/10/2019

Hari nie kebetulan kakak ipar & adik ipar datang rumah. Husband lak nak cari baju kameja kat padini. So,kami berlima pergi pergi padini pavillion. Tak sangka lak ade sale kaw kaw. Sementara mak long & pak cu nabihah ade & tlg layan Nabihah, yana & en suami shopping lh sakan.. Husband cari baju & seluar dia, si ibu nie haa beli baju Nabihah je..seronok shopping. tapi sebenarnya penat sgt jalan. kaki pom sakit. Yela perut dh berat sgt kn. Tapi mmg jalan byk sgt lh kali nie..
Tapi tak berharap beranak esok lusa sebab dh mindset nk beranak november dan hari bekerja.. hahaa..
Sakit masih lg x dtg cuma mmg penat lh badan nie haaa..


27/10/2019

Masih lagi tak bersalin. Sempat pergi kenduri aqiqah anak officemate. Walaupun tak larat gagah kn diri jugak. make up pom dah tak lalu. Sebab tu tak upload muka sendiri.hihi..Lepas balik dari kenduri, bawak Nabihah peri Kidzoona Taman Equine, Seri Kembangan. Lama jgk lh dekat sini. Dapat lh jgk nabihah main. Lepas nie dh kne terperuk kat rumah jelh.. Ayah je byk melayan. Ibu duduk je sebab xlarat dh..orang pom tgk semacam je ibu nie haa..risau ibu terberanak kot..hihi..
okey.. masih lg belum rasa nk beranak.


28/10/2019

 Hari ni cuti deepavali. Sepupu dari Terengganu datang singgah ke rumah jalan-jalan. Dah pesan awal2 kat mak suruh datang rumah untuk masak. Teruk betul kan. hihi.. Padahal mak dah plan nk pergi rumah kakak dekat selayang & tidur kat sana. Nak jumpa cucu kat sana dulu sebelum tidur rumah yana lepas yana bersalin. So, dlm petang tu tiba2 husband dpt tahu ayah masuk wad sebab cirit birit teruk. Kusut jugak lah ayah Nabihah nie kan. Yela, risau kan yana nak bersalin. Ayah dia pom dia risau sebab ibu dia je ada kat perak untuk jaga ayah dia. Berbelah bagi. Hati nie berat jugak nak bg husband balik, tapi kuatkan jugak suruh husband balik sementara tunggu abg ipar dari Sarawak sampai. Lepas asar husband terus gerak balik perak. Maka, mak & adik terpaksa lah bermalam dekat rumah yana walhal dh plan lepas sepupu balik, dorang terus nak gerak ke Selayang. Tak kesampaian anak2 buah nk main ngn nenek. Alhamdulillah, En suami xde masa nie tak de rasa sakit. Hati kd2 risau tapi doa je byk2 xnk bersalin masa husband xde. So malam nie husband teman ayah nya di Hospital Manjung.

29/10/2019

Husband masih lagi di Sitiawan.Hari nie tak pergi kerja sebab ambik compassionate leave sebab mertua warded.  Hari nie rasa contraction tu dah ade. Sakit tu sakit jugak lah tapi x kerap. Tapi abaikan je malas nak pikir. Ajak mak & adik pergi giant kat kawasan rumah je. Shopping barang rumah. Beli semua kot2 lah esok lusa terberanak kn. Ade adik senang dia angkat semua barang tu. Subhanallah, kali nie lepas sampai rumah mmg rasa penat sgt2.. Nk tercabut kaki nie haaa.. pusing giant je pom. Lepas tu sempat lah makan kfc kali terakhir sebelum berpantang. Hahaha.. 
Sampai rumah, petang tu ajak Nabihah pergi taska. Hari nie tak hantar nabihah taska sebab ibu cuti kn. Bila lagi nak layan anak sulong nie haaa.. Sempat pergi majlis hari jadi kawan nabihah kat taska. Mami-mami yang kat taska terkejut tengok yana tak beranak2 lagi..hihi..
Masa nie tak lalu dh nk makan dessert... tgok je orang mkn.. Suap nabihah mkn spaghetti je..



Tiba-tiba...
lewat petang.. En Suami call cakap balik lambat sikit sebab Abg ipar yang dari Terengganu nak balik Perak accident dekat Slim River. En suami yang otw balik KL pergi ke Slim River untuk tolong abg dia. Bawak Abg nyer ke Hospital Slim River. Alhamdulillah xde apa yang serius. 

Malam nie perut rasa kerap sgt sakit.. kat kepala nie asyik pikir dh nk beranak ke.. tapi husband xde nie.. Diam je.. pendam je.. tak cakap kat mak pom.. Baring pom still sakit cuma xde lh kerap sgt.. Doa xputus2, kalau nak beranak pom sekurang2nya tunggu husband sampai rumah dlu. . mmg tidur x lena.. asyik terjaga je tunggu kot2 husband sampai.. tak bagitahu pom husband sakit sebab xnak dia risau..  Alhamdulillah, pukul3 pagi husband sampai rumah. Baru boleh tidur lena. Perut pom dh xsakit dh. Dapat lah tidur kejap. 


30/10/2019

Lepas subuh bersiap2 nak pergi check up kat KK. Rajin kan sis nie haa.. Masih pergi KK walaupun dh check up jgk kat swasta. Mak & adik pom bersiap nak pergi rumah kak ngah. turun sekali awal pagi tu.. Pagi tu xde rasa sakit perut sgt pom. Lepas hantar Nabihah ke taska, kami ke KK. Macam biasa jumpa nurse yang selalu check up yana. Dia rasa cek perut. Dia cakap baby tak masuk jalan lagi nie. Aik, baru minggu lepas check dgn pakar ckp dah masuk jalan.. Cuak lak kita.. Nurse tu ckp pergi lh jalan2 lagi. Nak bg cepat bersalin. Padahal sis dh rasa sakit byk kali dh cuma belum kerap.. Lepas tu dia suruh pergi kencing sebab td sebelu cek perut tak sempat nk kencing.

Tup tup.. Masa kencing tu ternampak darah sikit kat tisu. Berdegup jantung nie haaa.. 
Nak beranak dh keeee.... Terus gtaw nurse. Nurse cakap pergi hospital terus. Dan2 lah masa tu lah contraction makin kuat & makin kerap. Anak first dlu darah kuar pg hari nie, pg esok baru bersalin. SO, dlm 24 jam jgk lh. So kiteorang pikir mcm tu jgk lh.. 
Bincang dgn husband nk pergi hospital terus ke? kang tgk2 xde bukaan lg.. frust lak nanti. So, kami decide pergi breakfast area rumah dlu. dan pulak yana mkn pulut kuning & rendang ayam. Husband yang tengah ting tong nie x ckup rehat makan telur je. Sebab dia mmg tak larat .. Kesian dia.. Tgok2 pagi nie yana dh kuar darah lak. mesti fikiran dia pom berserabut. Tengah mkn tu mmg sakit asyik dtg hilang datang hilang je. Nak set contractions guna apps tu pom dh x larat dh.. xhbis pom mkn. 
Tapi setiap kali sakit tu hilang, bincang lg balik rumah dlu lah rehat.. sakit betul2 baru pergi hospital. sempat lg balas whatsapp officemate tnye sal keje time tuh.. hihi..

Sampai parking rumah, perut rasa sakit sgt. cakap kat husband, abg je lah naik ambik beg. beg yana & baby dh ade dlm bonet kereta dh. Beg husband je masih belum ambik. Dalam kereta semetara tunggu husband tu, sakit asyik dtg je.. kerap sgt.. mmg rasa nk terberanak sgt2.. radio pom yana tutup terus sebab serabut dengar. Husband turun terus gerak pergi hospital. Sepanjang perjalanan mmg sakit sgt2 sampai kiteorang dia je dlm kereta. Yana je bunyi sakit. husband siap buat lampu emergency sebab tgk bini dia dh kesakitan sgt2 dh. mmg xpikir apa dh time tu.. Doa harap sempat sampai. Dah lah hospital kat bangi. Nasib baiklah x jem sgt.

Sampai je hospital, nurse suruh naik tingkat 2 terus. Dia nak bg yana wheelcair tapi yana cakap tak nak. Biarlah cepat sikit bersalin lh konon kn. Padahal mmg xlarat sgt dh.. Sampai je tingkat dua, midwife buat CTG. Dlm 15-30 min jgk kot. Lepas result CTG kuar, ketua midwife cek jalan. Tup2 tgok 5 cm dh. Mak aiii..terkejut nyer.. patut rasa sakit mcmnk terberanak dh. then terus dia tolong bukak jadi 7 cm.. lagi sakit lah oii... Tengah2 blur & menahan sakit nie, midwife terus suruh tukar baju pink. Blur sgt. rasa tak ready sgt2 nk bersalin. Duduk kat wheelchair terus masuk labour room. 
Hah? dah nak beranak ke nie... tapi buat2 tenang je.. 


Masuk labour room tepat 11.45 pagi. Masa nie sempat mesej adik yang duduk seri kembangan datang hospital ambik kunci ngn en suami, dan pergi selayang ambik mak. Then, ambik Nabihah kat taska. kalau x memang x tenang. Masih pikirkan nabihah time2 nak beranak nie,, hihi..
Dan2 pulak encik suami kuar masuk labour room nak dftar lah, bayar deposit lah.. kita nie risau baby nk kuar dah.. Tak lama kemudian, doktor dh sampai.. berak pom x kencing pom x macam anak first dlu semua kena membuang dlu. Kali nie x sempat pape pom.. Lepas doktor cek dalam, tengok2 dah 9 cm terus dia pecah air ketuban. Doktor cakap kalau rasa nak berak, teran je. ..

Alhamdulillah, tak ingat berapa kali teran, puteri kedua kami kuar tepat 12.23 tengahari. Syukur sgt2..Allah permudahkan urusan bersalin kali nie. Allah makbulkan doa ibu nak bersalin hari bekerja, sampai hospital bukaan dah byk dan tak  duduk lama dalam labour room. Alhamdulillah.. syukur sgt2...Sakit sekejap sahaja. Allah masih permudahkan urusan kita walaupun banyak sgt dosa yang ada. :( Terima kasih Ya Allah.

Alhamdulillah, kali nie tenang2 je dalam labour room. Siap dapat berborak dengan doktor. Kalau sebelum nie memang tak larat langsung . Yela 7 jam dlm labour room. Tenaga pom dah xde. 
Kali nie dapat dengar dan tengok husband iqamatkan baby. Dapat pegang baby terus dan susukan baby. Terima kasih sgt2 atas rezeki ini. Syukur.


Ramai yang cakap bersalin anak kedua lebih senang berbanding anak pertama. 
Jadi, kawan2 jangan takut ye nak mengandung & bersalin lagi.
In Shaa Allah, Allah permudahkan semua nya.

Alhamdulillah, ibu & baby sihat. Keesokkan tengahari kami dah boleh discharge dan balik berpantang..Terima kasih Dr Mashita, Dr Nazim & semua midwife Hospital Islam Az Zahra. Daripada bersalin anak pertama sehingga anak kedua tak pernah tak puas hati dengan servis yang diberikan.In Shaa Allah nanti yana free, yang update pasal pantang pulak ye.

Terima kasih sudi membaca.



Fresh from oven.

my super hero...
**Tiga hari berturut2 tidur hospital untuk tiga hospital
Hospital Manjung, Hospital Slim River & Hospital Islam Az Zahra
Selalu berpesan pada hati, kita permudahkan urusan orang lain, In Shaa Allah, Allah permudakan urusan kita. Alhamdulillah.


sebelum bercukur hari ke tujuh

selepas bercukur
Nabihah & Nabilah



Nabilah Safiyyah Binti Nazirul Syahmi
45 Hari

Comments

Popular Posts